Friday, December 12, 2014

Starbucks tidak pernah ditarik Sijil Halal nya - JAKIM


Kalau 'Old Town White Coffe' dianjurkan untuk diboikot oleh beberapa kumpulan macai kerana ianya dikatakan milik pemimpin DAP, aku tak tahu apa motif disebarkan mengatakan 'Starbuck' telah diharamkan..

Isu mengenai 'Starbuck' ini telah beberapa hari tersebar melalui laman Facebook dan juga beberapa applikasi yang terdapat dalam telefon pintar seperti WhatsApp, Telegram dan WeChat.

Kononnya info mengenai pengharaman 'Starbucks' ini datangnya dari seorang yang punya gelaran 'Dr'.. kononnya lah..

Mesej yang tersebar adalah seperti berikut..

STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut



Ianya telah tersebar dan disebarkan oleh ramai individu tanpa usul periksa, dan terbukti hari ini apa yang tersebar dan disebar itu adalah satu fitnah.

Kerana pihak JAKIM menafikan perkara ini...

KUALA LUMPUR: Sijil halal premis Starbucks tidak pernah digantung atau ditarik balik sehingga kini, kata Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 
Dalam satu kenyataan, ia menyifatkan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung status halal syarikat itu sebagai fitnah semata-mata. 
"Untuk makluman pengguna, setiap pemegang sijil halal sentiasa dipantau oleh Jakim dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu. 
Ia menarik perhatian bahawa Bahagian Hab Halal menerima banyak panggilan dan pertanyaan berhubung status halal Starbucks. 
Kebimbingan orang ramai mengenai status halal sajian di Starbucks timbul susulan khabar angin di laman media sosial bahawa bahan yang digunakan untuk membuat kek dan minuman diragui status halalnya lapor AstroAwani

Itulah budaya masyarakat kita.. lebih suka menyebar tanpa usul periksa dari memeriksa samada betul atau tidak apa yang disebar tu...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails