Saturday, December 13, 2014

1MDB: Seseorang akan ke penjara kata A. Kadir Jasin


Laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya", kata bekas ketua pengarang New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin.

"Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," katanya mengulas laporan Khairuddin terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan.

Dalam tulisan di blognya, tokoh kewartawanan nasional itu mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan pengurusan tertinggi dana kekayaan berdaulat itu dan "menyerang" mereka tentang modus operandi syarikat itu.



"Pada 4 Disember, delegasi peringkat tertinggi syarikat yang diketuai oleh Pengerusinya, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin dikatakan diserang oleh Dr Mahathir.

"Beliau dikatakan ingin tahu tentang cara syarikat membiayai perniagaannya, mengingatkan ia mempunyai modal berbayar hanya AS$1 juta (RM3.4 juta)," katanya.

Kadir dalam tulisannya berkata Dr Mahathir berasa bertanggungjawab untuk berbincang perkara ini dengan 1MDB dan bercakap secara terbuka mengenainya kerana banyak pihak yang datang menemui beliau untuk memberitahu tentang kejadian yang aneh di dalam syarikat tersebut.

"Dr Mahathir kecewa isu-isu 1MDB tidak dibincangkan dengan serius oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lepas.

"Bagaimana sikap mereka apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah orang di belakang 1MDB dan resolusi terhadap ekonomi telah digubal untuk pendebat?" tulis beliau.

Kadir berkata, rakyat juga bertanya 1MDB mengenai harga dua bidang tanah di Pulau Pinang yang mana syarikat itu dikatakan membayar harga lebih tinggi dari harga pasaran.

1MDB dilaporkan membeli tanah itu kira-kira RM1.4 bilion daripada dua hartawan Cina tahun lepas.

Dengan memetik sumber, Kadir mendedahkan pasukan pengurusan 1MDB juga mengadakan mesyuarat dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai pinjaman dan hutang syarikat.

Kadir juga berkata, pertemuan pengurusan 1MDB itu dengan Dr Zeti disimpan begitu sahaja.

"Menurut sumber itu, 1MBD meminta Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dari tiga hingga enam bulan dan ia dipersetujui.

“Ia dapat difahami. Biarpun Zeti tidak berpuashati dengan pinjaman 1MDB, lanjutan itu diperlukan.

"Jika ia tidak diberikan, ada akan menjadi lalai besar-besaran dan Tahap 1 bank-bank yang melanjutkan pinjaman akan perlu membuat peruntukan yang besar. Ini boleh membawa kepada penurunan taraf sistem perbankan tempatan," katanya.

Tulis Kadir, sumbernya memberitahu, "kata-kata kasar" dan "amaran menakutkan" seperti "seseorang akan ke penjara" dilemparkan semasa mesyuarat itu.

"Lodin menawarkan untuk meletak jawatan dalam pertemuan dengan Zeti itu.

"Tetapi itu bukan isu bagi Bank Negara. Lodin dilantik oleh PM. Jika benar dia menawarkan untuk meletakkan jawatan, beliau perlu memberitahunya kepada Najib," katanya.

1MDB merupakan dana kekayaan negara yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd dan menurut laporan dalam tempoh lima tahun operasinya, ia dikatakan mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kebimbangan terhadap kedudukan kewangannya diketepikan oleh Lodin, yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya daripada RM48.9 bilion, pada 31 Mac tahun ini lapor AstroAwani



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails