Monday, December 1, 2014

Siapa Pulak Yang Nak Bakar Pusat Khidmat ADUN PKR Seberang Jaya Nih?


Tak tahulah aku apa dosa dan salah bangunan Pusat Khidamat ni.. tak pasal-pasal menjadi mangsa cubaan bakar oleh individu yang tak bertanggungjawab..

Menurut Pegawai Seranta Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya, Mohd Iskandar kejadian telah dimaklumlakan kepadanya oleh Puan Syarifah yang tinggal berdekatan dengan Pusat Khidmat tersebut pada sekitar jam 3.30 pagi.

Beliau yang telah bergegas ke Pusat Khidmat tersebut telah mendapati beberapa kesan terbakar pada dinding dan juga lantai diluar Pusat Khidmat yang terletak di Tingkat Siakap 3, Taman Siakap, Seberang Jaya.


Jumlah kerugian belum ditaksirkan dan satu laporan Polis telah dibuat kerana kejadian dipercayai berunsur sabotaj.


“Saya mengesyaki insiden ini bukanlah satu bentuk kemalangan tetapi merupakan percubaan jahat untuk membakar dengan tujuan khianat dan mengganggu gugat keselamatan premis serta pasukan kerja saya di pejabat ini,” kata ADUN Seberang Jaya, Afif Bahardin.

Dalam kenyataannya, Afif juga berkata, insiden itu pertama kali berlaku terhadapnya dan beliau menyatakan rasa khuatir terhadap kemungkinan berlakunya “sabotaj pihak tertentu”.

Afif berkata beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Pusat Khidmat tersebut telah dinasihatkan supaya ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak Polis dan Bomba..

Siapalah yang punya angkara ni.. tak dak kerja sungguh!

Gambar-gambar dari Pegawai Pusat Khidmat YB Dr. Afif Bahardin ADUN Seberang Jaya, Mohd Iskandar Bin Seberi.





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails