Friday, December 26, 2014

Setelah teruk dikutuk isu Golf, Najib sebar gambar muka sedihnya sedang call Muhyiddin..


Meskipun Najib melalui Facebook dan Twiiternya mengatakan sudah mengarahkan Muhyiddin Yassin menguruskan segala hal mengenai banjir dan Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan beliau akan mengambil alih segala urusan mengenai banjir ini dengan sebaik mungkin, semua ini bagaikan masih tidak memadai.

Jika rakyat tidak meluahkan kemarahan di media-media sosial dan percutian rahsia Najib tidak terdedah, mungkin kedua-dua pemimpin itu masih lagi dengan cutinya ketika ini.

Sebagai tanda prihatinnya, malam tadi Najib menyiarkan gambarnya sedang bercakap melalui telefon dengan Muhyiddin di Facebook dan Twitter miliknya.



Wajah Najib nyata sedih, murung dan dukacita berbincang mengenai banjir dengan timbalannya itu.

Namun, di sebalik wajahnya sedihnya itu, masih ramai lagi yang mahukannya pulang ke tanahair segera.

Daripada berwajah murung, sedih dan dukacita di Hawaii sedangkan semua orang lain berwajah ceria, adalah lebih baik Najib membuat keputusan pulang segera ke tanahair.

Belum terlambat untuk berbuat demikian kerana banjir bukan saja dijangka terus buruk di Pantai Timur, mengikut laporan Jabatan Kajicuaca pula, hujan lebih lebat dijangka melanda pula bahagian selatan negara dalam tempoh beberapa hari lagi.

Selain banjir di pantai timur adalah yang terburuk, beberapa kawasan termasuk ibukota juga turut dilanda banjir kilat kerana hujan tidak berhenti-henti sejak beberapa hari lalu.

Tiada pilihan lain buat Najib selain pulang segera. Menteri-menteri yang sedang bercuti dan sibuk membeli-belah juga seharusnya dikerahkan kembali. Inilah masanya pemimpin yang ada kuasa bersama kakitangan polis, tentera, bomba dan pelbagai agensi penyelamat lainnya yang turut tidak bercuti, turun ke lapangan membantu rakyat jelata.

Kat atas tu adalah sebahagian dari tulisan Shahbudin.. sepenuhnya tulisan beliau bacalah di SINI

Aku setuju dengan AmenoWorld tentang motif Najib post gambar sedihnya dalam laman Twitter itu..



1. Dia taknak Muhyiddin diperlihatkan sebagai pengganti yang tepat untuk tempatnya.

2. Dia taknak Muhyiddin Yassin diperlihatkan lebih berkelayakan dan berkemampuan buat kerja berbanding dirinya.

3. Dia taknak Muhyiddin Yassin mendapat persepsi yang positif dari rakyat marhaen dan diperlihatkan lebih prihatin dengan situasi banjir dalam negara ketika ini berbanding dirinya.

4. Dia taknak Muhyiddin Yassin diperlihatkan lebih menguasai keadaan berbanding dirinya dalam menanggani masalah banjir dan mendapat kredit serta pujian.

5. Dia mahu orang ramai tahu bahawa keputusan yang Muhyiddin buat ketika ini adalah hasil dari perbincangan bersama. Iaitu dia turut terlibat dalam menanggani situasi banjir yang berlaku di beberapa buah negeri.

6. Dan dia mahu orang ramai tahu walaupun dia bermain golf, dia masih lagi peduli tentang apa yang berlaku dalam negara.

Itu sebab dia sebarkan gambar dia call Muhyiddin tue. Macam bangang2 je aku tengok. Kalau ko takut sangat Muhyiddin rampas tempat kau, balik la ke Malaysia semula laju2. Apa kau kalut sangat buat propa murahan kat twitter.

Konon2 propa murahan kau boleh padamkan persepsi negatif ke atas kau la sebab main golf time banjir. Jangan harap le kau.. sepenuhnya bacalah di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails