Monday, December 1, 2014

Setelah Di'bangang'kan kini Blogger UMNO Pula Mem'bangang'kan Najib..


Tak habis lagi isu 'BANGANG' Najib .... hari ni saja beberapa bloggers duk mengulas benda ni. Sebelum ni komen lebih pada mempersoalkan kewajaran Najib sebut bangang, tapi kali ni saya perasan nada sudah mula ke arah membangangkan sipengucap bangang ! Saya pun nak tumpang sekaki jugalah..

Pengumuman, di Perhimpunan Agung Umno, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan disambut dengan tepukan gemuruh, sorakan dan standing ovation.

Presiden Umno diperlihatkan sebagai hero kerana dikatakan mempertahankan Akta Hasutan, tetapi kita harus bertanya kenapa dan bagaimana Akta Hasutan 1948 menjadi satu beban dan isu yang begitu hangat?

Apa dan siapa punca sebenar sehingga NGO-NGO serta individu2 termasuk bekas Perdana Menteri, hakim-hakim, Ketua Hakim Negara serta bekas Ketua Polis Negara serta pemimpin masyarakat bangkit mendesak agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan?

Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri? Baca sepenuhnya di ( SINI )

Ni lagi satu..

Sebenarnya ia gelagat si punahsihat, konsetan dan lain-lain merpati sejoli yang hinggap di keliling pinggang sang perdana menteri kita lah yang menghindar pengundi atas pagar daripada mahu mendekati BN.

Suara pembangkang berkumandang dalam BN gara-gara pendirian MCA dan pendekatan J-Star tidak banyak beza dengan DAP dan Rocket.

Ketua Pemuda Umno telah membawa sebilah gunting masuk pejabat Menteri Umno dan si Scissorati yang seekor itu diberi jawatan Setiausaha Akhbar.

Tapi yang kuat sokong kerajaan, contohnya blogger-blogger Umno, tidak diambil untuk bekerja di Kementerian. Baca sepenuhnya di ( SINI )

Yang ni lagi sakan.. habis diungkitnya kesalahan Najib dipersoalkannya hinggakan Najib kena 'Queen Control' pun dipersoalkannya..

Yang menghapuskan MECD, satu organisasi yang merupakan One Stop buat usahawan Melayu yang mahu bertapak itu bukankah BANGANG namanya ?

Yang Perasan pakai baju cantik lip lap depan orang kerana terpengaruh dengan pujian penasihat padahal sebenarnya dia bogel itu bukankah BANGANG ?

Yang gatal hapuskan ISA kemudian gatal pi sebut berulangkali nak hapuskan Akta Hasutan pula ..... itu bukan BANGANG namanya ?

Yang kena kencing kawa-kaw sampai lenjun masa PRU13 dek orang cina tapi masih merangkak2 menagih simpati mereka juga itu bukan BANGANG ?

Korang tambah la lagi ..... oya, saya tersenyum masa tulis ni..... serius ! sebab niat saya sekadar bergurau je hehehehe...

Issssh lupa lak - Yang kena queen control dan biarkan bini yang berkuasa disebalik tabir tu pun dipanggil BANGANG ke ?

Kemaskini - sebahagian dari komen pembaca di artikel sebelum ini ihatlah di ( SINI )

Oleh itu, saya berpendapat istilah Blogger Bangang patut ditujukan kepada blogger yang suka mengampu, membodek, mengipas dan memuji-muji pemimpin UMNO meskipun rakyat biasa rasa meluat dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO.

Blogger sebegini adalah blogger yang mudah dibeli kerana sanggup mengubah haluan bila-bila masa asalkan dibayar.

Sebagai contoh, jika dulu blogger ini membenci seseorang pemimpin UMNO, tapi kerana dibayar, dia boleh berubah kepada menyokongnya pula.

Blogger sebegini akan mempertahankan dan membela bosnya habis-habisan jika bosnya dikritik. Ini sebenarnya blogger yang patut digelar sebagai Blogger Bangang.

Artikel di atas dipetik dari Blog Blogger Pro UMNO yang terasa dirinya bangang setelah di'bangang'kan oleh Najib.. ianya di siarkan di ( SINI )





Selain mereka pengendali blog Syed Out the Box, Syed Akhbar Ali juga mempersoalkan tindakan Najib mem'bangang'kan Blogger UMNO itu..

Menurutnya dakwaan Najib perlu dilontarkan lebih awal dan bukannya semasa ucapan penggulungan.

"Saya pelik perdana menteri sebut Umno bangang pada penghujung perhimpunan. Katakan dia sebut perkataan ini pada awal, bolehlah perwakilan bincangkan isu itu.

"‎Isu ini jadi masalah dalam Umno tetapi tidak diselesaikan dalam parti sehingga dibawa presiden ke dalam perhimpunan," katanya.

Syed Akhbar berkata serangan blogger Umno kepada pemimpinnya sendiri adalah suara akar umbi yang menuntut perubahan.

"Maksudnya dalam Umno pun orang sudah kurang selesa. Orang Umno sendiri mula merungut melalui blog, Facebook dan sebagainya.

"Ada isu yang mereka masih pertikaikan, tidak suka, tidak selesai, yang dirasakan membahayakan masa depan Umno dan negara.

"PM kena siasat dan ambil tahu mengapa mereka marah, tidak setuju dan masuk dalam blog. Itu yang lebih penting. Kalu dicop bangang atau bengong, itu bukan cara selesaikan masalah. Malah dia adalah presiden," katanya.

Sementara itu, Datuk Ahiruddin Attan, pemilik blok Rockybru berkata senario blogger menyerang pemimpin sendiri berubah berdasarkan musim semasa dalam politik.

Katanya, bagaimanapun mengikut aturannya seseorang blogger itu akan taat kepada pihak yang membayarnya.

"‎Dalam Umno mungkin dulunya blogger ini dibayar untuk lawan Red Bean Army tetapi sekarang datang pula bahang pemilihan Umno, mulalah (mereka) serang ketua Umno sendiri," katanya dipetik The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails