Friday, December 5, 2014

Polis Temui Rumah Sembelih Warga Myanmar Di Pulau Pinang


“Penyembelihan dilakukan di sini dan bahagian badan yang dipotong dibuang di tempat lain. Contohnya, satu kepala manusia ditemui di hadapan sebuah balai polis dan satu lagi ditemui di Permai (di Bukit Mertajam),” kata Ketua Polis Pulau Pinang.

“Saya boleh sebutkan ia dendam dari negara asal yang dibawa ke sini. Kita tahu sebab MO (modus operandi) dia tidak menggunakan senjata api, dia menggunakan parang untuk mencincang. Kita tengok daripada MO pun kita sudah tahu, ia ‘murder case’ (kes bunuh) dan melibatkan negara yang mana,” Abdul Rahim pada hari Khamis.

Perenggan pertama dilaporkan oleh Malaysiakini manakala perenggan kedua pula oleh AstroAwani.. penghapusan etnik mereka dah melarat sampai kesini nampaknya..

Sebaiknya ialah Kerajaan negara kita menghalang kemasukkan warga Myanmar ini kerana di negara kita ini sudah terdapat lebih dari 100,000 warga Myanmar yang menjadi pelarian dan berlindung di bawah UNHCR.

Sebagai saudara sesama Islam etnik Rohingya ini wajar negara kita lindungi kerana mereka adalah umat Islam Rohingya yang ditindas..

Mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri dengan cara yang sangat kejam. Jikalau mereka enggan keluar, mereka di ancam.

Mereka di tangkap dan dibunuh tanpa perbicaraan, tanah-tanah dan binatang ternakan mereka dirampas sesuka hati, banyak masjid dimusnahkan dan generasi muda di halang hak pendidikan mereka.

Kesemua ini dilakukan bagi menekan etnik ini seterusnya melakukan pembersihan etnik dari tanah air mereka sendiri.

Masalah etnik Rohingya bermula apabila kerajaan junta tentera Myanmar berasa kurang senang dengan mereka. Mereka menganggap etnik ini tiada hak untuk menetap di Myanmar kerana agama dan asal usul mereka.

Kemuncak kepada episod duka ini berlaku apabila kerajaan junta melancarkan genosid (penghapusan etnik) secara meluas dan terbuka kepada etnik malang ini.. maka dengan sebab itulah mereka melarikan diri dari negara mereka..

Tetapi dalam masa yang sama membenarkan etnik yang telah melakukan penindasan dan pembunuhan terhadap etnik Rohingya memasuki negara ini secara sah adalah satu kesilapan.

Kerana kita tak mungkin memadam dendam yang sedia ada di dalam diri mereka..

oleh Junta Tentera Myanmar terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar. Mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri dengan cara yang sangat kejam.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider

Rumah sembelih warga Myanmar ditemui di Pulau Pinang



Polis Pulau Pinang menahan dua lagi suspek awal pagi ini di Bukit Mertajam yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan kejam baru-baru ini dan menemui rumah yang dijadikan tempat menyembelih mangsa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil tangkapan dua individu berusia lingkungan 30 ke 40 tahun itu menyaksikan jumlah keseluruhan mereka yang ditahan adalah 17 orang dan kesemuanya warga Myanmar.

Beliau juga berkata, pihak polis menyerbu sebuah rumah sewa di Kampung Pisang, Machang Bubuk, Bukit Mertajam dalam Ops Kelar yang dilancarkan dua minggu lalu untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut.

"Salah sebuah rumah digunakan sebagai tempat penyembelihan. Mereka mengerat anggota badan sebelum membuangnya di beberapa lokasi.

"Suspek tinggal berdekatan rumah sewa tidak jauh dari rumah tersebut," katanya semasa melawat rumah tersebut.

Rahim berkata, polis menemui tiga parang dalam rumah yang dikatakan menjadi tempat penyembelihan yang disyaki digunakan untuk memotong anggota badan, sebuah kereta dan motorsikal.

Dengan tangkapan dan penemuan tersebut, Rahim berkata 18 kes pembunuhan warga asing di Pulau Pinang berjaya diselesaikan.

Kes tersebut termasuk penemuan kepala dalam sebuah beg di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam pada 24 November dan sepasang tangan serta kepala yang ditemui berhampiran balai polis Machang Bubuk pada Isnin lepas.

"Meninggalkan anggota badan berhampiran balai polis seolah cuba mencabar kredibiliti kami.

"Tapi orang ramai jangan bimbang. Kami akan pastikan mereka tidak mengancam penduduk tempatan. Kami juga memberi amaran kepada warga asing supaya tidak membuat tindakan melulu," kata Rahim.

Rahim berkata motif pembunuhan adalah dendam dan hutang.

Daripada siasatan yang dijalankan, kebanyakan mereka yang terlibat adalah buruk dan pekerja kontraktor di tapak binaan, serta mengenali satu sama lain.

"Kami percaya dengan tangkapan setakat ini, kami akan selesaikan semua kes pembunuhan melibatkan warga asing dalam masa terdekat," katanya.



Lagi laporan tentang nasib malang umat Islam Rohingya itu bacalah di SINI ..

Malangnya negara kita juga telah membenarkan mastermind penghapusan etnik ini menjejakkan kakinya ke negara kita awal tahun lalu.. bacalah di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails