Monday, December 29, 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 mungkin di ‘dasar laut’, kata ketua misi pencarian Indonesia


Pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang dengan 162 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura berkemungkinan berada di dasar laut, kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, hari ini.

"Berdasarkan koordinat dan penilaian ‎kami kedudukan pesawat terhempas berada di laut, hipotesisnya pesawat berada di dasar laut, kata Bambang Soelistyo seperti dilaporkan agensi berita AFP.

"Itu jangkaan awal kami dan boleh berubah berdasarkan keputusan penilaian berdasarkan pencarian kami,” katanya.



Soelistyo berkata, Indonesia tidak mempunyai kelengkapan seperti kenderaan selam yang boleh mengangkut pesawat di dasar laut, dan memerlukan bantuan daripada negara lain.

"Disebabkan kami kekurangan teknologi, saya bekerjasama dengan kementerian luar meminjam peralatan daripada negara luar yang menghulurkan bantuan, iaitu UK, Perancis dan AS," katanya.

Pesawat jenis Airbus A320-200 itu hilang pagi semalam ketika dalam perjalanan daripada Surabaya, di Jawa Timur, Indonesia ke Sin‎gapura selepas kru meminta jadual penerbangan ditukar ekoran cuaca buruk, menjadikan krisis ketiga buat pengangkutan udara Malaysia tahun ini.

Singapura, Malaysia dan Australia menghantar pesawat dan kapal membantu Indonesia dalam misi pencarian yang tertumpu di Laut Jawa.

Amerika Syarikat juga menyatakan kesediaannya membantu mencari pesawat yang hilang.

Penerbangan AirAsia QZ8501 dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada pukul 6.17 pagi semalam waktu tempatan.

Pesawat itu membawa 155 penum‎pang; 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi selain dua juruterbang dan lima kru kabin yang terdiri daripada 155 warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura (1), Malaysia (1), UK (1) dan Perancis (1).

Rakyat Malaysia yang terlibat ialah Sii Chung Huei, 56, penyelia kem pembalakan ‎yang berasal daripada Sarawak lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails