Wednesday, December 10, 2014

Peguam terkemuka dedah Malaysia adalah negara sekular bukan sebuah negara Islam..


Antara hujah Ketua Jawatankuasa Undang-undang Syariah Majlis Peguam ialah kata-kata bekas Ketua Hakim Negara dalam menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pesalah..

"Kata Salleh dalam penghakimannya bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sekular dan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Penghakiman itu masih dikekalkan hingga ke hari ini," 

Menariknya hujah Ketua Jawatankuasa Undang-undang Syariah Majlis Peguam dipersetujui oleh bekas Timbalan Menteri, yang berkata masalah itu berpunca daripada hakikat bahawa beberapa ahli politik tidak sedar bahawa Perlembagaan adalah sekular.

"Masalahnya ialah sesetengah orang mahu Perlembagaan bertindak seperti ia adalah satu perlembagaan negara Islam apabila ia sebenarnya tidak.

Tak apalah.. nak bagi macai seronok kita katalah Malaysia ini ialah sebuah negara islam yang berpegang kepada berpelembagaan sekular..

Kah.. kah.. kah.. negara Islam apa benda macam ni?


Di sebalik debat sivil-syariah, pelbagai pihak akui Perlembagaan Malaysia bersifat sekular 



Perlembagaan Malaysia adalah sekular dan Malaysia bukan sebuah negara Islam, kata peguam terkemuka dan seorang ahli politik hari ini, ekoran percubaan memberikan undang-undang Islam peranan lebih besar dalam sistem undang-undang di negara ini.

Menurut Ahli Majlis Peguam Datuk Khutubul Zaman Bukhari, mana-mana fatwa atau enakmen negeri yang diluluskan yang bertentangan dengan prinsip ini akan menjadi ultra vires atau bertentangan dengan Perlembagaan.

Khutubul, yang mengetuai Jawatankuasa Undang-undang Syariah Majlis Peguam berkata, ini diperkukuhkan lagi oleh keputusan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dalam kes di Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes itu, seorang peguam cuba membebaskan anak guamnya daripada hukuman mati dengan berhujah bahawa hukuman itu tidak Islamik.

Ini adalah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi.

"Kata Salleh dalam penghakimannya bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sekular dan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Penghakiman itu masih dikekalkan hingga ke hari ini," kata Khutubul dalam satu forum di Petaling Jaya malam tadi.

Khutubul berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada undang-undang syariah boleh mengatasi undang-undang sivil di dalam Perlembagaan.

Isu ini hangat diperkatakan ekoran keputusan Mahkamah Rayuan 7 November lalu, di mana tiga transgender beragama Islam berjaya membatalkan keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini di Negri Sembilan.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Syariah melanggar kebebasan hak tiga individu itu apabila menghukum mereka kerana memakai pakaian wanita.

Ini mendorong beberapa menteri mengatakan akan mencari jalan untuk meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah supaya ia setanding dengan mahkamah sivil.

Kumpulan Islam konservatif yang membantah keputusan Mahkamah Rayuan itu mendakwa bahawa mahkamah sivil tidak ada hak mempertikaikan keputusan mahkamah syariah.

Turut bersetuju dengan pendapat Khutubul itu adalah seorang lagi ahli panel, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah, yang berkata masalah itu berpunca daripada hakikat bahawa beberapa ahli politik tidak sedar bahawa Perlembagaan adalah sekular.

"Masalahnya ialah sesetengah orang mahu Perlembagaan bertindak seperti ia adalah satu perlembagaan negara Islam apabila ia sebenarnya tidak.

"Anda tidak boleh melihat Perlembagaan dan memaksanya melakukan sesuatu yang ia tidak bermaksud untuk berbuat demikian," kata Saifuddin, yang juga Pengerusi Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenivasan, berkata Perlembagaan sekular melindungi semua orang.

Di India, kata beliau, Kristian dan minoriti umat Islam gembira perlembagaan negara itu sekular kerana ia melindungi mereka terhadap orang-orang yang mahu negara mereka menjadi pro-Hindu.

Pada forum lain di Pulau Pinang semalam, sarjana Islam terkemuka dari Afrika Selatan juga berkata Perlembagaan Malaysia diasaskan melalui cita-cita liberal dan majmuk.

"Idea bahawa Malaysia telah diterima, perlembagaan atau sebaliknya, kemajmukan agama dan etnik ... ia sudah ke arah liberalisme.

"Jika anda mahu lari dari liberalisme, anda perlu merobek perlembagaan dan mula membina semula asas kepada masyarakat itu," kata Profesor Ebrahim EI Moosa dari Notre Dame University di Amerika Syarikat.

Ebrahim berkata demikian pada forum bertajuk "Membangunkan Falsafah Pluralisme", anjuran Institut Pulau Pinang lapor The Malaysian Insider





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails