Thursday, December 18, 2014

Patutlah pertemuan Pemuda PAS dan Perkasa dibatalkan..


Jawapan dari Ketua Pemuda PAS ini tentang pembatalan pertemuan antara Pemuda PAS dan PERKASA menimbulkan satu persoalan..

Kenapa agaknya ya.. hanya kerana pihak PERKASA menjemput media, maka Pemuda PAS membatalkan pertemuannya dengan PERKASA.?

Kalau PERKASA bawa wartawan dari Utusan.. Pemuda PAS pula bawalah wartawan dari Harakah.. bukankah itu adil buat kedua-duanya?

Ini luahan kekecewaan PERKASA..



SHAH ALAM - Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris melahirkan kekecewaanya apabila pertemuan dengan Pemuda Pas Pusat yang dijadualkan semalam dibatalkan pada saat akhir.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan secara rasmi kepada pihaknya pada awal pagi, hari ini, sedangkan Pemuda Pas Pusat sebelum ini telah menghantar surat persetujuan mengenai pertemuan itu, kira-kira empat hari lalu.

"Saya agak terkejut dan sedikit kecewa, kerana sebelum ini kita menerima surat daripada Pemuda Pas Pusat menyatakan sepatutnya hari ini (perjumpaan).

"Tapi malangnya kami dapat surat pagi tadi secara rasmi pihak mereka membatalkan perjumpaan itu di atas alasan tidak dapat mengelak urusan penting.

"Sepatutnya kita dapat berjumpa untuk membincangkan perkara yang lebih penting selain kuasa politik iaitu agama Islam kita pada hari ini dicemari, dipertikai dan sebagainya," katanya hari ini.

Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pas Pusat bagi mencari 'titik persamaan' antara mereka khususnya melibatkan soal agama Islam dan kepentingan orang Melayu serta Bumiputera.

Pertemuan itu dijangka berlangsung di Pejabat Agung Pas Pusat, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Ketika ditanya mengenai pembatalan itu ada kaitan dengan nasihat pengurusan tertinggi Pas, beliau berkata jika benar, ia tidak sepatutnya berlaku dan mungkin mereka mempunyai agenda tersembunyi.

"Atas nasihat atau tidak, kita bukan hendak berbicara soal politik, kita hendak bicarakan perpaduan agama kita daripada berpecah-belah.

"Kita hendak berjumpa dengan ikhlas, sebab itu kita hendak berjumpa, bukan hendak bermusuh dengan sesiapa," ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, Wira Perkasa mahu Pemuda Pas menyatakan sebab pembatalan perjumpaan tersebut dengan jelas untuk mengelakkan persepsi negatif.

"Kalau boleh kita hendak tahu apa sebab tidak mahu berjumpa, lebih spesifik, kalau tidak kita merasakan ini satu kemungkinan satu tekanan daripada mana-mana pihak.

"Sepatutnya kita berbincang dan mencari satu titik persamaan iaitu agama kita, perkara ini perlu ditekan dan sepatutnya jadi lebih kuat pertahankan dan kita bersatu dari sudut agama," katanya lagi lapor Sinar Harian


Ini pula jawapan dari Ketua Pemuda PAS mengenai isu ini yang dipetik dari The Malaysian Insider

Tindakan Perkasa melibatkan media dalam pertemuan mereka dengan Pemuda PAS menyebabkan pertemuan itu dibatalkan oleh PAS. 
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, mengikut janjinya tidak ada sebarang liputan media, tetapi Perkasa menjemput media. 
"Perkasa panggil media. Jadi kita nampak ada khianatnya, kita pun batal pertemuan itu,” katanya.

Suhaizan berkata, Perkasa yang beriya-iya mahukan pertemuan itu, jadi apabila media dipanggil, 
Pemuda PAS sedar ada yang tidak kena. Sayap pemuda Perkasa, Wira Perkasa dijangka mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS pada jam 4 petang semalam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Tetapi, pada sebelah paginya Wira Perkasa menerima surat daripada Pemuda PAS membatalkan pertemuan tersebut.

Kenapa apa yang bakal dibincangkan dalam pertemuan ini mahu disembunyikan dari media?



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails