Sunday, December 14, 2014

Patutlah Nur Jazlan dikata nak sertai PKR Isnin ini...


Patutlah ada beberapa Blog Pro UMNO sehari dua ni heboh dengan cerita kononnya seorang Ahli Parlimen dari UMNO akan menyertai PKR Isnin ini..

Puncanya hanyalah kerana Ahli Parlimen UMNO ini telah berada satu pentas dengan Ambiga rupanya..

Kah.. kah.. kah.. patutlah Najib label mereka sebagai 'Bangang' .. memang 'bangang' rupanya sepentas dengan Ambiga pun boleh difitnah nak keluar UMNO..

Sama pentas dengan Ambiga, Nur Jazlan difitnah keluar UMNO

Spekulasi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang viral di Facebook adalah fitnah semata-mata.

Sumber paling rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendakwa fitnah berkenaan disebarkan oleh bloggers UMNO yang tidak berpuas hati dengan Nur Jazlan selepas kehadirannya dalam Forum 'Freedom of Expression Under Treat' semalam.

Ia kerana dalam forum itu Nur Jazlan berkongsi pentas bersama Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga.

"Datuk (Nur Jazlan) sudah mengetahui perkara ini tetapi beliau malas hendak melayan spekulasi yang memburukkan namanya kerana ia dilakukan oleh bloggers UMNO sendiri.

"Percayalah Datuk sangat setia dengan UMNO, mustahil dia keluar UMNO. Itu saya sangat yakin," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi malam tadi.

MalaysiaGazette gagal mendapatkan komen daripada Nur Jazlan yang selalunya mudah untuk dihubungi.

Sebaliknya, sumber itu memberitahu, Nur Jazlan akan bersama Pemuda UMNO, ke London pada malam Isnin ini untuk menghadiri program UMNO Luar Negara.

Selain beliau, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Armizan Ameer; Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin dan Exco Pemuda, Sheikh Nafiq Sheikh turut menyertai program KataKita UK Tour 2014.

Rombongan itu juga akan berada di London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool sehingga 21 Disember ini bagi Forum Kepimpinan Pelajar dan Sesi Teh Tarik.

Spekulasi yang viral di Facebook itu mendakwa Nur Jazlan bakal mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR Isnin ini dan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Presiden PKR. - MalaysiaGazette



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails