Tuesday, December 16, 2014

Panglima Ludah libas Ketua Wira Perkasa kerana mem'bangsat'kan pemimpin UMNO..


Exco Pemuda Umno Malaysia Arman Azha Abu Hanifah mengingatkan 'junior' dalam sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak mencela mana-mana pemimpin Umno dengan kata-kata kesat termasuk mencera dengan gelaran 'bangsat'.

Justeru Arman Azha membidas keceluparan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang mensasarkan beberapa pemimpin Umno dengan melabelkan mereka sebagai "bangsat" di pentas persidangan tahunan NGO itu baru-baru ini.

"Yang pertama nak cakap adakah perjuangan Perkasa yang utama sejak awal ditubuhkan dulu apakah ia terus memperjuangkan untuk menyatukan orang Melayu?

"Kalau asas penubuhan Perkasa untuk menyatukan orang Melayu, jadi kenyataan bangsat itu tidak sepatutnya keluar atau adakah kepimpinan Wira Perkasa ini telah lupa bahawa perjuangan utama adalah untuk menyatukan orang Melayu," katanya.

Tegas beliau yang pernah mengetuai Wira Perkasa sehingga 2011, tiada pemimpin Umno yang sempurna dan teguran boleh dibuat mengikut cara yang betul tetapi bukan dengan melemparkan kata-kata kesat.

"Untuk menegur pemimpin Umno tidak salah tapi tegurlah secara berhemah memandangkan Perkasa merupakan NGO yang memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu.

"Kalau kepimpinan tertinggi Perkasa selepas saya iaitu saudara Irwan Fahmi yang mengeluarkan kenyataan begitu, adakah beliau telah lupa Perkasa ini ditubuhkan atas landasan untuk mempertahankan dan menyatukan orang Melayu.

"Tapi kenyataan beliau jelas menunjukkan tidak ke arah itu," katanya.

Irwan Fahmi ketika berucap dalam sesi penggulungannya persidangan tahunan NGO itu mensasarkan mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".

Pemimpin yang menjadi sasaran beliau termasuk Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.

Selain itu Irwan Fahmi turut menyifatkan Khairy Jamaluddin seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.

Sambil mengulangi peringatan kepada NGO itu, Arman Azha menganggap ia sebagai sikap 'tidak matang' Irwan Fahmi namun menasihatkan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

"Jadi sepatutnya mereka nak menegur kepimpinan Umno harus mempunyai alasan dan menghormati dengan menggunakan bahasa yang baik, bukan mengeluarkan bahasa yang tidak enak didengar seperti perkataan bangsat itu.

"Jadi bagi saya mungkin ketidakmatangan Ketua Wira Perkasa baru ini terkeluar perkataan tersebut.

"Bagi saya sebagai kepimpinan Umno dan merupakan bekas Ketua Wira Perkasa, beliau seharusnya tidak kenyataan seperti itulah," katanya lapor AntaraPos



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails