Friday, December 26, 2014

Najib pulang setelah dibelasah rakyat dalam media sosial..


Akhirnya Najib terpaksa membatalkan cutinya.. itupun setelah seluruh rakyat Malaysia tahu yang dia sedang bergembira bermain golf ketika 100,000 rakyat Malaysia sengsara dan menjadikannya 'belasahan' dalam berbagai media sosial..

Tapi kalaulah jurugambar dari Washington Post dan portal Washington Post tidak menyiarkan laporan berserta gambar Najib tersengih gembira tu.. adakah Najib akan membatalkan lawatannya?

Belum tentu rasanya dia akan membatalkan cutinya dan pulang ke Malaysia..



Cuba bayangkan bagaimana agaknya nasib portal dan jurugambar yang menyiarkan laporan hingga Najib terpaksa membatalkan lawatannya itu, jika mereka berpengkalan di Malaysia?

Siapalah penasihat Najib ni?.. jahanam imej Presiden UMNO ni kerana nasihat dia..

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk pulang meninjau banjir teruk di tanah air hari ini ekoran kecaman yang diterima selepas gambarnya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii tersebar luas.

Difahamkan, pesawatnya akan terus mendarat di Kelantan esok, “untuk melihat sendiri keadaan tersebut” dan juga untuk “bersama rakyat”.

"Saya mengambil maklum keadaan banjir yang berlaku. Saya merasai bagaimana mereka kehilangan rumah dan keluarga kehilangan orang yang tersayang.

"Ketika saya berada di sini, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, yang telah memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan semua yang mereka boleh untuk membantu mereka yang telah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat di laman penjejak penerbangan Flighradar24 menunjukkan pesawat dinaiki Najib sudahpun berlepas dari Honolulu dan kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan mempengerusikan satu mesyuarat dan mendapat taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pengurusan Bencana Negara, jawatankuasa bantuan, kerajaan negeri dan pasukan

"Berikutan laporan terbaru bahawa keadaan semakin lebih buruk, Perdana Menteri berpendapat adalah perlu untuk menyelia sendiri tindakan," kata seorang jurucakap kerajaan dalam kenyataan tersebut.

Najib juga dijadual melawat mangsa banjir dan akan berbincang langkah baru bagi membantu mangsa yang telah dipindahkan lapor Malaysiakini




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails