Saturday, December 20, 2014

Mahathir belasah Najib lagi.. katanya Najib percaya 'Duit itu Raja'..


Bukan Najib saja Tun yang percaya 'Duit itu Raja'.. kebanyakkan macai yang ada dikeliling Najib pun sama.. tak ada duit jangan haraplah Najib nak disokong mereka..

Contohnya dulu semasa Tun menjadi Perdana Menteri, apa saja yang Tun katakan akan diangguk begitu saja secara membabi buta oleh kebanyakkan macai..

Biarpun Tun mempertikaikan hadis sekalipun, semua yang ada disekeliling Tun biarpun berserban sebesar gunung, berjubah meleret-leret akan angguk saja kalu tak anggukpun buat pekak dan bodoh sajalah..

Puncanya ialah sebab mereka takut kepentingan mereka hilang, projek yang ada hilang.. dan jawatan yang ada juga hilang.. ini semua akan menjurus kepada kehilangan kuasa untuk untuk membina harta..

Jadi sekarang, bila Najib pula menjadi Perdana Menteri.. apa saja kritikan Tun terhadap Najib.. macai-macai akan buat bodoh dan pekak sajalah..

Najib teruskan BR1M kerana percaya ‘Duit itu Raja’, kata Dr Mahathir



Kerajaan melakukan kesalahan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off" kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.

"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri yang pernah bekhidmat selama 22 tahun itu berkata, di bawah Dasar Ekonomi Baru, komuniti Melayu diberikan tempoh 20 tahun untuk mencapai status 30% pegangan ekonomi Bumiputera, namun gagal.

"Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya.

Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya.

"Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.

Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat seringkali mengkritik Najib.

Antara isu yang dibangkitkan adalah kontroversi tadbir urus kewangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau merupakan pengkritik utama yang menuntut Putrajaya menjelaskan manfaat 1MDB untuk rakyat Malaysia memandangkan syarikat itu mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM38 bilion bagi tempoh lima tahun operasinya.

Dr Mahathir turut mengkritik Najib dan kepimpinan utama Umno berhubung gagal mnyebut berkenaan kontroversi 1MDB, sekurang-kurangnya ketika perhimpunan agung Umno bulan lalu.

"Semua orang salahkan saya. Termasuk yang baik. Kalau yang baik saya terima, kalau tidak saya nafikan," katanya.

Beliau berkata, suara tidak puas hati wujud sekian lama dalam parti namun tiada kekuatan untuk dikeluarkan, tetapi apabila melihat beliau menyatakan secara terbuka, keberanian mula timbul untuk membangkitkan isu berkenaan Umno dan Putrajaya.

"Benda dah lama, tapi mungkin mereka tidak berani sebelum ini. Tapi selepas melihat saya, mereka cukup berani," katanya

Khairuddin Abu Hassan, yang merupakan pemimpin Umno Batu Kawan membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 12 Disember lalu.

Beliau membangkitkan berlaku kecurigaan terhadap pengurusan kewangan yang tidak telus oleh 1MDB.

Dr Mahathir berkata, tidak penting untuk jawatan seseorang itu, apa yang lebih penting adalah mereka mulai bersuara.

"Saya dengar banyak, di luar sana yang tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang." lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails