Thursday, December 11, 2014

Minyak dah turun AS$60 ni.. Ahmad Maslan nak tunggu apa lagi??


Ini bukan soal minyak minyak diapungkan atau tidak tapi ini soal janji seorang Menteri yang kononnya akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak jika harga minyak dunia turun..

Janji itu dibuat pada 16 Novewmber 2014, ketika itu harga minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.

Ni laporannya...



ALOR GAJAH: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.

Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di sini.

Dan hari ini harga minyak dunia dilaporkan berada pada paras hampir AS$60.

Baca nih...

Harga minyak jatuh lima peratus pada Rabu, menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat terendah dalam tempoh lima tahun dengan harga setong kini hampir AS$60. 
Ini berlaku selepas data menunjukkan peningkatan dalam inventori AS dan menteri Arab Saudi pula menegaskan tiada rancangan untuk memotong pengeluaran, lapor Reuters.

Dah turun sampai AS$60 tu.. Ahmad Maslan nak tunggu apa lagi?





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails