Sunday, December 28, 2014

Mangsa banjir cecah 203,023 petang ini


Mangsa banjir di seluruh negara mencecah angka 203,023 pada jam 5 petang ini - meningkatkan kira-kira 34037 orang pagi tadi.

Berdasarkan angka yang disediakan oleh Bernama petang ini, Kelantan mencatatkan peningkat paling ketara seramai 31,559 kepada 124,966 berbanding 93,407 pagi tadi.

Terengganu juga mencatat penambahan 2,420 mangsa banjir sehingga jam 5 petang ini, berbanding 33,990 pagi tadi.

Perak juga mencatatkan peningkatan seramai 68 orang kepada 7,581 berbanding 7,513 orang pagi tadi.

Bagaimanapun, angka mangsa banjir di Pahang tidak berubah sebanyak 33,601.

Di Johor pula jumlah mangsa banjir kurang 10 orang berbanding 475 orang pagi tadi lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails