Tuesday, December 2, 2014

Macam ni kot yang Najib kata nak pertahan Tanah Rizab Melayu tu..


Najib semasa menggulung ucapan Perhimpunan Agung Umno menyeru semua menteri besar dan ketua menteri yang mengetuai kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu menggantikan semula tanah rizab Melayu yang sudah digunakan untuk pembangunan.

Katanya, satu jawatankuasa mengenai perkara itu sudah ditubuhkan selain menggesa pindaan undang-undang dilakukan bagi menambahkan nilai tanah rizab Melayu.

“Tanah rizab Melayu mesti kita pertahankan. Saya minta semua menteri besar negeri yang dikuasai kita pastikan tanah rizab itu kalau dibuka untuk pembangunan diganti dengan lain,” katanya.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa ucapan penggulungan perhimpunan itu juga membangkitkan perkara sama.

Katanya, kerajaan perlu memberi kuasa kepada peguam negara untuk mempertahankan tanah rezab Melayu bagi membolehkan tanah yang dibatal pihak berkuasa negeri untuk tujuan pembangunan wajib digantikan...

Tapi ini yang berlaku... saranan Najib tak diendahkan langsung nampaknya..



Komitmen Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tanah rizab Melayu semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu tidak diterjemahkan pimpinan parti Melayu itu, kata Pemuda PAS.

Ketua penerangannya, Mohd Nasaie Ismail berkata komitmen Umno itu hanya lakonan dan untuk meraih sokongan politik apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tetap mahu mengambil tanah rizab Melayu atas nama pembangunan.

“Selepas Perhimpunan Agung Umno berakhir, kerajaan Umno negeri Melaka mengumumkan keputusannya untuk kekal mengambil tanah rizab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan.

“Perkara ini disebut oleh Idris dalam laporan berita semalam. Kampung Sungai Jerneh berusia hampir 200 tahun. Rumah di kampung ini dibina sejak 1830-an dan mempunyai nilai sejarah tersendiri.

“Di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasaie berkata keperluan pembinaan empangan seharusnya dialihkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi Kampung Sungai Jerneh merupakan perkampungan tradisi bersejarah.

“Bagi Pemuda PAS, kerajaan sepatutnya membangunkan kampung ini menjadi produk perlancongan sejarah di Melaka.

“Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diiktiraf agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tapak warisan dunia,” katanya lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails