Tuesday, December 16, 2014

Lesen Memancing: Ismail Sabri nak jadi Hero ke ni?


Semalam dan hari-hari sebelumnya, dunia kaki pancing negara telah digemparkan dengan pemakluman bahawa pemancing-pemancing dinegara ini akan dikenakan lesen.

Maka dengan itu sebagai tanda protes beberapa pages yang membantah cadangan pihak kerajaan yang jelas sudah kekurangan sumber kewangan telah dibangunkan.

Dan isu mengenai lesen memancing ini telah menjadi 'viral' di beberapa media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.



Alasan utama lesen akan dikenakan ialah kerana pemancing-pemancing dikatakan telah menyebabkan kepupusan ikan di negara kita.. bodoh punya alasan..

Menariknya setelah cadangan untuk mengikis duit rakyat ini teruk menjadi mangsa belasahan kaki-kaki pancing dari pelbagai peringkat usia, muncul Menteri yang bertanggungjawab cuba untuk menjadi hero.

Kononnya menurut beliau sepertimana yang ditulisnya dalam laman Facebook, beliau langsung tidak tahu menahu mengenai perkara ini dan mengarahkan cadangan ini dibatalkan..

Katanya "Sebenarnya saya tidak tahu tentang cadangan peraturan ini namun selepas terbaca satu "posting' di FB, saya sendiri terkejut dengan cadangan peraturan yang begitu tidak munasabah - iaitu melesenkan pemancing ikan.

"Saya telah arahkan supaya cadangan ini dibatalkan serta merta. Ternyata ianya langsung tidak masuk akal walaupun memang ada orang bom ikan, tuba malah guna racun sekalipun tetapi kita ada undang-undang dan peraturan untuk menghukum mereka ini."


Tak tahu menahu kononnn.. sedangkan memo atau surat jemputan yang diterima oleh kebanyakkan kumpulan-kumpulan pemancing menunjukkan ianya datang dari Perikanan Negeri yang terletak di bawah kuasa Kementerian Pertanian.

Tempat taklimat akan diadakan mengenai perkara ini pula ialah di Dewan Arowana, Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.


Mana mungkin Ismail Sabri tak tahu menahu akan program ini.. kalau betul tak tahu menahu ini membuktikan dia tak ambil peduli apa yang sedang berlaku dalam Kementeriannya..

Nak berlakon apa Ismail Sabri?.. macai bolehlah diperbodohkan...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails