Thursday, December 18, 2014

Khairy pertahan Najib, Ahli UMNO yang mahu Najib letak jawatan itu 'suara paling rendah' katanya..


Oh.. baru aku tahu.. ada kasta rupanya dalam UMNO ni.. nak tegurpun kena sama level kalau tak jangan boleh blah!

Hanya orang yang berada dalam level yang sama boleh tegur sesama sendiri..

Orang bawah jangan nak sibuk tegur hal orang atasan.. sedar dirilah sikit..

Maknanya.. kalau bertaraf macai tu jadi tukang sorak, tukang tepuk tangan dan tukang pacak bendera serta gantung poster sajalah bila pilihanraya..

Hinanya golongan macai dalam UMNO ni...

KJ: Kenapa layan suara paling rendah Umno? 



Gesaan pemimpin cawangan Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail supaya Datuk Seri Najib Razak berundur hanya suara paling rendah dalam hierarki Umno, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media hari ini, Khairy berkata beliau hairan mengapa Malaysiakini memilih untuk menyiarkan surat Syed Rosli kerana dia tidak mempunyai jawatan tinggi dalam Umno.

Apatah lagi kata Khairy, Syed Rosli (kanan) pernah mencabarnya untuk jawatan ketua Pemuda namun tidak mendapat sebarang undi.

Khairy menegaskan laporan yang dibuat sekurang-kurangnya harus memetik seseorang yang mempunyai kewibawaan.

Dalam surat yang disiarkan Malaysiakini sebelum ini, Rosli yang juga ketua penerangan Umno Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan menganggap Najib "liabiliti teramat besar" kepada BN, selain kelemahan sokongan Cina dan India.

Khairy berkata akar umbi merasakan khidmat Najib "tidak diperlukan" dan "lebih baik berundur secara terhormat" sebelum pilihan raya umum ke-14 demi memberi nafas baru kepada Umno.

Sementara itu Media Umno melaporkan, Umno Pandan menafikan mempunyai kaitan, sama ada di peringkat bahagian atau cawangan, dengan kenyataan Syed Rosli itu.

Ketuanya Datuk Haniff Koslan berkata, Umno Pandan di setiap peringkat menyokong penuh kepimpinan Najib selaku presiden Umno dan juga perdana menteri.

Haniff juga menyerahkan kepada pihak cawangan untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Syed Rosli berhubung kenyataannya itu.

Ini kerana, kata Haniff, Syed Rosli menggunakan kedudukan sebagai ketua penerangan Umno cawangan tanpa berbincang terlebih dulu lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails