Monday, December 8, 2014

Kalah 1-2, Penyokong Harimau Malaya mengganas.. (Video Inside)


Memalukan.. selama ini kita menganggap negara kita adalah lebih maju dari negara Vietnam tapi yang nyata kini dari satu sudut kita lebih kebelakang dari negara Vietnam.

Kita sepatutnya menunjukkan kepada penyokong Vietnam itu, kita punya semangat kesukanan yang tinggi kerana negara kita jauh lebih maju dari negara mereka..

Bukannya mempamirkan sikap yang tidak bertamaddun ini..

Kemana menghilang semangat kesukanan ni?.. sepatutnya mereka belajar menerima kekalahan dengan hati yang terbuka bukannya bila pasukan yang disokong kalah mereka mengamuk pula..

Bagaimana pula kalau penyokong pasukan negara kita yang akan ke Vietnam diperlakukan pula sebegini rupa?.. bolehkah kita menerimanya?

Khairy kesal tindakan ganas penyokong Harimau Malaya


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam selepas pasukan bolasepak negara kalah 1-2 kepada pasukan pelawat itu dalam perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF, malam tadi.

Katanya, apa yang mengecewakan malam tadi bukanlah kekalahan itu tetapi tindakan penyokong berkenaan yang tidak mencerminkan budaya masyarakat di negara ini.

"Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu?," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Menurut Khairy, tidak kiralah sama ada penyokong Vietnam itu pelancong atau bekerja di negara ini, apa yang berlaku malam tadi bukan budaya Malaysia.

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan adalah satu provokasi kepada penyokong Vietnam apabila pasukan Harimau Malaya bertandang ke Hanoi untuk pusingan kedua perlawanan separuh akhir nanti.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.

"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?" katanya.


Menurut Khairy, oleh kerana penyokong-penyokong ganas itu tidak akan memohon maaf, beliau memohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang menjadi mangsa dan meminta pihak polis menyiasat segera kejadian serta bertindak atas siasatan tersebut.


"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar... Saya mohon maaf bagi pihak Malaysia atas tindakan segelintir samseng tidak bertanggungjawab itu," tambahnya.


Beliau berharap perlawanan di Hanoi nanti akan berlangsung dengan semangat kesukanan baik di padang mahupun dalam kalangan penonton.



Dalam perlawanan itu, Malaysia mendahului 1-0 seawal minit ke-14 hasil jaringan Mohd. Safiq Rahim sebelum Vietnam menyamakan kedudukan 1-1 sebelum tamat separuh masa pertama melalui jaringan Vo Huy Toan. Jaringan Nguyen Van Quyet pada minit ke-60 kemudian memberikan kemenangan selesa kepada pasukan pelawat itu.

Malaysia akan bertandang ke Hanoi pada Khamis ini lapor AstroAwani





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails