Friday, December 19, 2014

Keluar Wang Guna Mesin ATM Lain Kena GST


Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

Berbeza berbanding sebelum ini, pengguna hanya dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS.

Bagaimanapun, cukai GST dikenakan pada caj MEPS dan bukan pada jumlah transaksi.

Caj Terkini Transaksi Duit Menerusi MEPS (Bank Lain)

- RM1.06 mulai 1 April 2015

Panduan Contoh Transaksi ATM Kena GST Mulai 1 April 2015

- Jika pengeluaran wang dari mesin ATM yang lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.

- Jika pengeluaran wang dari mesin ATM bank sendiri maka tiada GST.

Caj MEPS RM1.00 tersebut dikenakan oleh syarikat MEPS untuk khidmat interbank 0.06 sen yang akan dibayar kepada kerajaan sebagai GST.






Sumber: GSTMalaysia

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails