Thursday, December 18, 2014

Jambatan Pulau Pinang pun nak dikenakan GST?.. Biar betoi..


Kalau betullah akan dikenakan GST samalah dengan dinaikkan kadar Tol yang ada sekarang ni.. naikkan kadar tol, rakyat bantah.. kenakan GST rakyat nak kata apa?

Bijak juga kerajaan Pusat ni.. bijaklah dalam soal pekena rakyat..

Laporan berkaitan..

PULAU PINANG,18 DIS: Kerajaan Pula Pinang menolak cadangan Pusat untuk menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap dua jambatan di negeri ini yang turut akan menyebabkan kenaikan kadar tol.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berkata langkah dibuat kerajaan Pusat itu akan membebankan kira-kira 1.6 juta penduduk di negeri ini.

“Salinan asal (senarai cukai GST) menyebut bahawa jambatan bertol bersama dan lebuhraya dikecualikan dari GST.

“Tapi, dalam senarai baru tol jambatan sudah tidak disebut lagi dari pengecualian itu.” ujar Guan Eng.

November lalu, Jabatan Kastam dalam takilmatnya menyatakan jambatan bertol akan dikenakan GST mulai 1 April 2015.

Selain dua jambatan di Pulau Pinang, GST akan turut dikenakan keatas dua jambatan di Johor iaitu Linkedua dan Tambak Johor.

Ujar Lim, penguatkuasaan GST keatas jambatan di kedua negeri tersebut akan turut mewujudkan kesan rantaian terhadap kos pengangkutan bagi kenderaan yang membawa barangan.

“Kami akan menulis surat rasmi untuk minta penjelasan tentang pengecualian yang dibatalkan oleh kerajaan pusat.

“Hal (pembatalan pengecualian) ini harus dibetulkan segera.” kata Lim lagi.- Roketkini.com



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails