Wednesday, December 31, 2014

Helicopter PDRM terhempas di Tanah Merah, KPN sahkan! (Gambar dari tempat kejadian)


Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas, ketika menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Twitternya.

“Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat.

“Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Kg Rambai, Tanah Merah. Alhamdulilah semua Selamat,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang.

“Kejadian melibatkan sebuah helikopter PDRM yang terhempas di kawasan perumahan dan menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah,” katanya lapor TheRakyatPost

Berikut adalah gambar pesawat tersebut yang dikirimkan oleh Budu Merah.. (apa punya nickname nih?)





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails