Tuesday, December 30, 2014

Helicopter lebih utamakan VVIP dari mangsa banjir yang nazak dakwa Pegawai Perubatan..


Cerita ini datangnya dari Facebook seorang Pegawai Perubatan yang bertugas di sebuah Klinik Kesihatan di Kota Baharu yang turut terlibat membantu menyelamatkan nyawa mangsa banjir di Kelantan.

Dalam catatannya beliau mendedahkan bagaimana sebuah helikopter yang terbang kehulu-hilir dikawasan bencana lebih mengutamakan seorang VVIP dan membawa seorang pesakit yang berada dihujung nyawa..

Panjang  sekali catatannya itu dan telah dikongsi oleh lebih dari 600 orang hingga kini..



Catatan ke-8 pada 28/12/14

Jam 3.30 pagi

"Dr, kita ada satu kes ibu mengandung ingin melahirkan anak" - kata MA Karim mengejutkan saya daripada deep sleep cycle.

"Berapa contraction dan OS dia Kak Su" tanya saya kepada SN Su yang sudah 3 hari oncall tanpa henti menunggu ibu bersalin

"Contraction 3:1:15s dan OS 5cm" balasnya. Pesakit sudah lebih jangka daripada tarikh sepatutnya melahirkan anak.

"Ok kita buat partogram di sini. Saya tunggu di bilik sebelah jika ada apa-apa." Balas saya.

Pesakit semakin kuat mengerang.

Jam 6 pagi

Saya bangun untuk solat subuh. Sebelum itu saya menjenguk pesakit untuk mengetahui statusnya. Secara tiba-tiba, mata saya tertumpu pada tompok hijau di atas katil yang basah lencun.

Allah, light meconium stained liquor (bayi berak dalam perut)!

Sepantas kilat, saya mencapai glove dan melakukan vaginal examination(VE) untuk pemeriksaan lanjut. Kepala bayi sudah di bawah, membrane intact dan OS masih 5cm.

Pesakit perlu ke bilik bedah segera kerana bayi juga sudah menunjukkan tanda-tanda fetal distress/lemas. Mimpi ngeri saya bermula. Di kawasan ground zero ini, saya berhadapan kes obstetric emergency

Saya segera menghubungi bilik bersalin HUSM. MO mendengar masalah saya lalu meminta saya menghantar pesakit dengan segera ke hospital dengan nada seperti kes biasa.

"Dr, I'm in ground zero area and I need an helicopter now!" Saya menjelaskan situasi kritikal saya. Dr O&G itu bagai tergamam mendengarnya lantas segera berlari mendapatkan bantuan. Saya juga menghubungi bilik gerakan dan memaklumkan situasi terkini saya.

Selang beberapa minit, datang sebuah hilux membawa seorang lagi ibu mengandung. Selepas pemeriksaan, saya mempunyai seorang lagi pesakit yang ingin melahirkan anak dalam active phase of labor.

Ibu pertama terus mengerang kesakitan. SN SU melakukan VE dan mendapati OS sudah fully dan pesakit ready untuk bersalin. Kami terpaksa menyambut bayi ini di Hospital Badang juga dengan kelengkapan yang sangat terhad. Mesin suction dihidupkan. Kami memulakan second stage of labor. Apabila kepala bayi keluar, kegelisahan kami bertambah melihat tali pusat melilit leher bayi. Dengan segera, ia dipotong dan bayi itu dikeluarkan bersama najisnya yang turut sama keluar. Selang beberapa saat, bayi itu menangis dan tangisan itu memberi kelegaan kepada kami.

Namun mimpi itu baru memasuki episod awal. Uri di dalam perut ibu pula tersangkut dan terasa tali pusat seperti mahu putus. Kini saya mempunyai masalah baru iaitu retained placenta. Ketika sedang runsing bertanya bagaimana status helikopter saya, tiba-tiba seorang bayi yang mengalami demam panas mendapat sawan betul-betul di depan mata saya. Terus saya membawanya ke atas katil dan melakukan resusitasi. Selepas 30 saat, sawannya kebah tetapi anak itu sangat-sangat kepenatan. Saya segera memaklumkan situasi semasa kepada bilik gerakan banjir. Semua pihak bertungkus lumus mencari helikopter.

Jam antara 7-8 pagi.

Sebuah helikopter tentera mendarat di Kolej Jaiputra. Saya terus disambut Dr Muzammil, pegawai perubatan tentera. 2 bayi dan seorang ibu diterbangkan segera ke HUSM. Sebelum terbang, Dr Muzammil sempat membisik ke telinga di celah kebingitan putaran bilah Helikopter : "Good Luck"

Saya bergegas pulang ke hospital darurat Badang dan mendapati ibu kedua kini memasuki fasa kedua bersalin. Sama juga seperti pesakit pertama, ibu kelihatan sukar untuk memberi momentum bersalin. Saya tidak mempunyai vacuum machine ketika ini. Selepas hanya tinggal 10minit untuk pesakit memasuki fasa prolongef second stage of labor, akhirnya bayi yang ditunggu-tunggu berjaya dilahirkan.

Selepas uri berjaya dikeluarkan kami bersorak gembira hingga saya ternampak sesuatu yang tidak patut muncul. Kelihatan seperti bibir berwarna merah kehitaman dengan koyakan besar muncul di celah-celah genangan darah di bahagian tempat bersalin.

Ya Allah, Cervical Tear(cerviks koyak) pula!

Luka itu sangat besar di bahagian bawah dan terus berdarah dengan lajunya. Saya sendiri berasa pucat lesu melihatnya. Saya belum pernah menjahit cervical tear lebih-lebih lagi tanpa bius dan peralatan secukupnya.

Bersambung....

Catatan ke-9 pada 28/12/14

Sambungan

Darah mengalir dengan derasnya daripada luka cerviks itu. Dikala wajah saya bertukar kepucatan, tiba-tiba tuhan seolah-olah mendengar rintihan pilu saya. Dr Haza hadir tepat pada masanya.

Beliau terus mengambil posisi dan melakukan pemeriksaan lanjut. Luka episiotomy hanya kecil tetapi luka cerviks itu berukuran 3cm di posterior, satu lokasi yang sukar. Jika di hospital, pasti kes ini akan dibawa ke bilik bedah namun kami tidak punyai masa untuk menunggu satu lagi helikoter.

Syntocin kami yang terakhir telah diberikan kepada pesakit. Pitocin yang ada juga yang terakhir. Memang Allah itu maha pengasih, Dr Haza adalah bekas MO OnG. Lantas beliau memulakan prosedur menjahit tanpa sedatif/bius yang cukup. Saya segera mengemaskini status helikopter saya kerna saya perlukan sebuah lagi untuk ke HUSM.

Dr Haza menggunakan pengalaman beliau di bilik bersalin. Akhirnya pendarahan itu berjaya dihentikan namun episod malang kami masih belum berakhir. Ibu itu kini mendapat uterine atony/rahim tidak mengecut dan seterusnya PPH/tumpah darah.

Saya mengaktifkan kod merah di klinik saya. Semua staff dikerahkan ke klinik dengan kadar segera. Ketika saya keluar daripada bilik bersalin saya, seorang wanita berumur lingkungan 50an didapati terbaring di atas stretcher saya di kecemasan sambi dikelilingi orang ramai. Saya bertanya status pesakit ini kepada MA Shakri

"Hypoglycaemia doc. Dxt 1.4!"

"Oh god another headache!" Bisik hati saya. Lantas saya meminta SN Zu memberi D50 dan mengarahkan MA Shakri untuk take over pt itu kerana saya ada red code case di labour room.

Bantuan tentera dan polis telah tiba. Katanya helikopter telah mendarat di Kolej Jaiputra. Ketika kami bersiap untuk mengangkut pesakit ke atas troli, pesakit mengeluh sesak nafas dan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri. Ibu itu kini dalam Shock State akibat kehilangan darah yang banyak. Tekanan darahnya sangat rendah dan nadinya sangat lemah. Hujung jari jemarinya terasa seperti di kutub utara.

Kami melakukan resusitasi dan terus mengangkut pesakit ke sana. Setibanya di kolej tersebut, kelibat helikopter langsung tidak kelihatan. Aduh kenapa banyaknya ujian pagi ini keluh saya. Terus saya membawa pesakit ke kantin kolej itu. Pesakit semakin lemah. Nyawanya seperti di hujung tanduk seolah-olah malaikat maut sedang berdiri di hujung kepalanya. Pasukan kami tidak berputus asa. Kami meneruskan uterine and nipple massage untuk merangsang pengeluaran hormon oxytocin dan pengecutan rahim. Saya meminta semua staff yang ada untuk mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Juga memohon bantuan orang ramai membina tabir agar aib dan auratnya dijaga ketika proses resusitasi.

Anak yang baru dilahirkan diazankan kemudian diberi susu ibu agar dapat membantu merangsang deria rasa ibunya. Saya bertali arus dihubungi bilik gerakan namun bantuan helikopter masih tidak kunjung tiba. Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati:

"Dr, helikopter itu kami terpaksa hold untuk seorang VVVIP yang ingin melawat kawasan banjir"

Bagai disambar halilintar saya mendengarnya lalu saya menjerit ke telefon saya:

"What!!!!!! I need my helicopter now,now, now! Pt is dying here!!!!"

Lalu meletakkan telefon dengan perasaan yang sangat frust. Frust kerana pihak autoriti gagal meletakkan prioriti antara nyawa dan individu VIP tersebut.



Selepas kami berjaya secure satu lagi IV line di kaki (total 3 large bore branula/jarum) kami meneruskan fluid resuscitation. Total 9 botol air dimasukkan dalam kadar pantas. Selepas 30 min,pesakit mula sedarkan diri. Tekanan darah kembali normal tetapi nadinya masih lemah.

Masalah kami belum berhenti di sini. Masalah baru pula muncul di saat genting ini.

Bersambung.....

Catatan-catatan seterusnya silalah baca di Facebook beliau di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails