Tuesday, December 2, 2014

Hassan Malek Minta Budak Sekolah Undi BN? (Video Inside)


Meskipun Pilihanraya Umum seterusnya dijangka dalam masa dua atau tiga tahun lagi, namun Hassan Malek telah mengorak langkah lebih awal..

Beliau dilaporkan telah mula berkempen untuk BN dalam kempen 'Kembali ke Sekolah' hari ini..

Baguslah tu.. persiapan awal, tapi masaalahnya tak perlulah kempen sampai kat budak-budak Sekolah tu.. kempen kat ibu bapa mereka cukuplah..

Malaysiakini melaporkan...

BN “satu-satunya kerajaan dalam dunia” yang mengambil berat soal kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Dalam ucapannya dalam kempen “kembali ke sekolah” hari ini, beliau justeru meminta orang dewasa dan pelajar supaya sama-sama mengundi BN.

“Oleh itu, jangan lupa undilah BN,” katanya kepada hadirin.



Hasan juga berkata orang ramai patut bersyukur kerana negara ini aman dan barang-barang masih “murah”.

Ketika menyeru orang ramai membeli barangan buatan Malaysia, Hasan turut mengambil kesempatan menempelak pembangkang dalam isu kenaikan harga minyak.

Katanya, pembangkang hanya bercakap ketika harga minyak naik tetapi berdiam diri jika harga bahan api itu turun.




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails