Monday, December 1, 2014

Hasan Malek Tampil Jelaskan Sebab Harga Diesel Naik..


Jawapan atau alasan yang diberikan oleh Hassan Malek tentang persoalan kenapa harga RON 95/97 turun tetapi harga Diesel naik.. mudah saja..

Ianya lebih kurang.. Kerajaan nak kutip semula subsidi yang kononnya diberikan kepada rakyat Malaysia..

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kenaikan harga runcit minyak diesel sebanyak 3 sen seliter bermula hari ini, disebabkan kerajaan banyak menampung subsidi sebelum ini.  
"Daripada segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga.  
"Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga 3 sen seliter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Giant baharu di Kampar, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan memantau pasaran harga pada bulan ini bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel untuk bulan berikutnya.  
"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan baharu berdasarkan kepada maklum balas daripada peringkat akar umbi, rakyat," katanya. – The Malaysian Insider

Langsung dia tak fikir.. peningkatan harga Diesel akan menyebabkan kos pengangkutan turut meningkat dalam masa yang sama harga barangan yang dipindahkan menggunakan pengangkutan yang digerakkan menggunakan Diesel sebagai bahan bakar akan meningkat..





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails