Friday, December 19, 2014

EXCO Hal Ehwal Agama Pulau Pinang Menjawab Isu Perarakan Maulidur Rasul & Kalimah Allah (Video Inside)


Selain dari isu membenarkan bukan Islam menggunakan 'Kalimah Allah' , Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menjadi mangsa serangan Blogger-blogger 'Bangang' dan juga beberapa orang macai UMNO 'Atasan' kerana kononnya mengharamkan perarakan 'Maulidul Rasul'.

Isu 'Kalimah Alah' telah menyaksikan satu demo yang sangat besar jumlah kehadirannya di Komtar Pulau Pinang selesai solat Jumaat tengahari tadi..

Malah ianya telah meleret hingga ke hadapan bangunan DAP di Ipoh dimana kain rentang ucapan menyambut Krismas telah menjadi mangsa amukan itu.. lihat videonya di SINI



Mengenai isu Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Maulidul Rasul pula.. suatu masa dulu pernah dimainkan oleh Blogger-blogger 'Bangang' (pinjam ayat Najib), bila ianya kantoi.. senyap setahun dua..

Tiba-tiba tahun ini perarakan Maulidul Rasul di Pulau Pinang ini dikatakan diharamkan oleh kerajaan negeri pula..

Darimana sumber mereka, aku pun tak tahu tapi yang jelasnya kebanyakkan mereka mempercayainya membabi-buta bagai babi yang buta..

Ada Blogger 'Bangang' (pinjam ayat Najib) mempersoalkan "Mana puak liberal bila DAP nafi hak asasi berhimpun raikan maulud nabi?"

Itu tak apa lagi.. sebab dia tak over sangat macam katak dari Kulim ni..

Baca ni..

BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN DATUK ZULKIFLI NOORDIN BERHUBUNG PENGHARAMAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MENGADAKAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Saya merujuk kepada kenyataan Exco Agama Islam Pulau Pinang yang menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang melarang sebarang perarakan sambutan Maulidul Rasul, sebaliknya mengubahnya dengan program dalam dewan.

Saya mengutuk keras pelarangan tersebut kerana:

1. kuasa berkaitan perhimpunan di tempat awam adalah kuasa mutlak pihak polis persekutuan;

2. kerajaan negeri tidak ada apa-apa kuasa berkaitan dengannya;

3. Ini adalah tindakan provokasi berterusan Kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng setelah menimbulkan provokasi menggalakkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang;

4. Ini jelas satu penghinaan kepada kuasa YDP Agong kerana hal berkaitan Islam di Pulau Pinang adalah dibawah kuasa dan bidangkuasa YDP Agong yang memerintah melalui wakilnya YDP Negeri;

5. Ini juga adalah tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan krn Islam adalah agama bagi Persekutuan dan melarang sambutan hari kebesaran Islam adalah satu pencabulan Perlembagaan.

Saya menyeru kepada umat Islam Pulau Pinang supaya tidak mematuhi arahan haram kerajaan negeri Pulau Pinang dan meneruskan perarakan sambutan Maulidurrosul sebagaimana yang dirancang dan dilaksanakan saban tahun.

Hanya pihak polis sahaja yang berhak melarang dan menyuraikan sebarang perhimpunan di tempat awam.

Saya juga mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap Kerajaan negeri Pulau Pinang dan mana-mana individu yang dengan sengaja secara berterusan cuba mencetuskan provokasi dan memainkan sentimen anti agama Islam yang boleh menyebabkan keamanan dan keselamatan negara ini terancam!

Enough is enough!

Dengar apa penjelasan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Malik Kasim tentang isu ini..


Enough is enough?.. kah.. kah.. kah.. tak tahu tanyalah dulu.. jangan memandai-mandai..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails