Thursday, December 4, 2014

Eh?.. Ku Nan Kata Najib Bohong Ke Pasal Bayar 'Blogger Bangang' ni?


Penafian oleh Setiusaha Agong UMNO mengenai ucapan Najib yang mengatakan pihak UMNO membayar Blogger-blogger 'Bangang' ini boleh diterjemahkan kepada dua perkara atau maksud..

Maksud yang pertama ialah ucapan Najib itu adalah satu pembohongan.. maknanya 1Dewan PWTC dah kena tipu dengan Najib..

Manakala terjemahan yang kedua pula ialah Setiausaha Agong UMNO ini berbohong, sebab kalau bukan Najib yang bohong sudah tentulah Ku Nan yang bohong..

Takkanlah kedua-duanya nak bohong kot?

Tengku Adnan nafi Umno bayar blogger


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan Umno memberi dana kepada blogger untuk jadi alat penyebar maklumat parti atau menyerang pembangkang.

“Kami tidak pernah bayar sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas berhubung desakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Umno mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang.

Kenyataan pengerusi perhubungan Umno Bahagian Wilayah Persekutuan itu hari ini bertentangan dengan teguran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang menggelar blogger seumpama itu sebagai 'bangang' ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2014, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan blogger Umno siapa membayar gaji mereka, dan berkata mereka sepatutnya menyerang pembangkang, bukan Umno.

Tengku Adnan bagaimanapun mempertahankan ucapan Najib dengan berkata blogger yang bersimpati dengan Umno tidak sepatutnya menyerang parti itu.

“Blogger yang pro Umno tidak sepatutnya bertelingkah sesama mereka, musuh kita adalah pihak sebelah sana (pembangkang), bukan antara kita.

“Itu adalah nasihat yang betul, (tetapi ia) tidak bermakna kami membayar mereka,” katanya lapor The Malaysian Insider





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails