Tuesday, December 9, 2014

Ali diberikan suaka politik setelah passpost dibatal Imigresen Malaysia..


Zahid Hamidi sangka dengan membatalkan passport Ali ini ianya akan menukarkan kehidupan Ali dan Ali akan dianggap sebagai PATI..

Jika ditangkap oleh pihak berkuasa Sweden, Ali akan dihantar pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa Sweden sebab tak ada passport..

Malangnya tindakan Zahid mengarahkan pihak Imigresen membatalkan passport itu hanya mempercepatkan proses mendapatkan suaka politik beliau dari Sweden..

Menurutt kakak kepada Ali.. "Ada orang yang bertahun-tahun mohon perlindungan suaka tapi tak dapat-dapat. Ali baru apply 2 bulan terus dapat. Dapat selepas passportnya dibatalkan oleh kerajaan Malaysia."

Kah.. kah.. kah.. hasrat dihati nak menyusahkan orang.. tapi dah jadi memudahkan pulak..

Berjasa besar Zahid Hamidi kepada Ali sekarang ni..

Laporan berkaitan..

Aktivis Ali Abd Jalil mendedahkan bahawa kini beliau telah memiliki kad perlindungan suaka di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka).

Jelasnya, kini beliau sudah tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional serta Sultan.

“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangs*t kerajaan UMNO dan sultan… Sini bukan Malaysia….kalo kat Malaysia polis dan mahkamah senang dijadikan anji*g kurap takda maruah..Tidak ada integriti,” tulisnya di dalam Facebook.

Ali yang melarikan diri ke Sweeden turut memberitahu bahawa Malaysia kini sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.

“Kepada barua UMNO dan penjilat bont*t sultan, makin ramai rakyat Malaysia akan aku hasut untuk guling sultan Johor dan raja-raja Melayu…Malaysia sedang menuju Republik milik rakyat..hapuskan fasis dan rasis..Polis dan Mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat,” ujar beliau lagi.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan bahawa pasport blogger kontroversi, Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil yang mencari suaka politik di luar negara, ditarik balik.

Menurutnya, penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja Jabatan Imigresen menghantar surat maklumat rasmi ke alamat terakhir mereka.

“Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu,” kata Mustafa lapor Free Malaysia Today





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails