Wednesday, December 3, 2014

Bersyukurlah kita ada Rosmah, kata Zunar..


Penulis kartun popular Zunar berkata beliau akan mengeluarkan buku baru yang “didedikasi” kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang disifatkannya memberi inspirasi dan “boleh dikartunkan”.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Hague berkata, buku baru yang akan dihantar secara peribadi kepada Rosmah itu, akan dilancarkan pada bulan depan.

“Rosmah ada bakat dan boleh dikartunkan serta menjadi inspirasi untuk saya,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

“Dalam perkara berkaitan fizikal dan isu-isu, dia lebih memberi inspirasi, tidak seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh dikartunkan, kering, kosong, membosankan dan selalu ambil langkah selamat,” katanya.


“Sukar untuk kartunis politik seperti saya untuk terus berkarya jika bergantung kepada Najib saja. Jadi saya harap Rosmah terus berada di tampuk kuasa,” katanya sambil ketawa.

“Bersyukurlah kita ada Rosmah. (atas)” lapor Malaysiakini





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails