Sunday, December 21, 2014

Barisan Nasional amalkan politik samseng kata DAP Sabah


DAP Sabah mendakwa Barisan Nasional mengamalkan politik samseng berikutan tindakannya memusnahkan replika batu sampah yang didirikan oleh parti itu Kampung Mempulut.

Naib Pengerusinya, berkata, tindakan pengecut BN jelas menggambarkan bahawa mereka takut kepada suara rakyat dan membuktikan mereka bukan lagi parti politik yang kuat.‪‬

‪“Seorang ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS, komponen BN) telah menyerang pemilik tanah, Ambalas Ambirau di mana batu sumpah didirikan di Kampung Mempulut, malah menumbuk seorang wanita yang turut berada di sana.

“DAP Sabah mengutuk sepenuhnya gangterisme politik ini dan kita juga ingin bertanya apakah PBRS kini sudah menjadi parti ekstrimis seperti PERKASA?,” soalnya dalam satu kenyataan., lapor Roketkini.

‪Katanya, replika tersebut telah didirikan pada 10 Disember lalu yang turut disaksikan pemimpin DAP antaranya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.‬

Foong Hin mendakwa, sejak ia didirikan, pemilik tanah kawasan tersebut terus menerus menerima ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

‪‬”Soalan yang paling membingungkan kini adalah, apa yang parti-parti komponen BN ni takut sangat dengan replika batu sumpah?,” ujarnya lapor Free Malaysia Today



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails