Wednesday, December 24, 2014

Banjir di Terengganu: Wakil Rakyat Pakatan salahkan Kerajaan Negeri?


Persoalannya disini ialah wajarkah kita menuding jari mempersalahkan pihak lain kerana banjir yang setiap tahun melanda ini menjadi yang dikatakan terburuk dalam masa 30 tahun ini?

Perlukah dibangkitkan perkara ini ketika hampir 60,000 rakyat menangung derita kerana menjadi mangsa banjir? Di Terengganu sahaja, 8,977 penduduk terpaksa dipindahkan kerana banjir...

Baca dulu laporan ni..

Banjir di Terengganu: Amaran 2 wakil rakyat hampir jadi kenyataan


Amaran yang diberikan dua wakil rakyat Kuala Terengganu pada 10 Oktober 2013, projek tambakan sungai di muara Sungai Terengganu boleh membawa bencana kepada penduduk negeri itu kini hampir menjadi kenyataan apabila sebahagian bandar itu dilanda banjir.

Ketika itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata projek menambak Sungai Terengganu bagi projek esplanade yang dibuat kerajaan sangat merbahaya.

"Kami sangat bimbang, jika projek ini diteruskan tanpa kajian yang mendalam bakal menyebabkan bencana kepada lebih 150,000 penduduk Kuala Terengganu ini," kata mereka kepada The Malaysian Insider.

Hari ini, penduduk Kuala Terengganu mula bimbang apabila muara Sungai Terengganu dipenuhi air dan sebahagian bandar sudah mula dinaiki air serta memenuhi kawasan Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri kerana berjaya menarik pelancong ke negeri itu.

Pasar baharu Cabang Tiga sudah umpama pulau sampah dan kotor apabila pasar yang dibina di atas sungai kecil (longkang) itu melimpahkan air di sekeliling pasar baru yang dibina di tengah-tengah rumah penduduk kampung itu.

Ia bukan sahaja tidak mendapat kelulusan EIA bahkan juga membangkitkan kemarahan penduduk kampung apabila orang ramai yang datang ke pasar itu mengganggu persekitaran mereka dengan kenderaan yang dipakir merata tempat.

Selain itu, Kampung Cina dan Losong juga mula dinaiki air apabila air turun dari hulu sungai dengan banyak dan tidak dapat ditampung oleh muara sungai yang sempit akibat tambakan.

"Saya dah buat bantahan dulu tetapi tak endah," kata Raja Baharin, mengulas apa yang berlaku di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Raja Baharin, projek penambakan sungai di Shahbandar tidak dirancang dengan baik menyebabkan kedua-dua kawasan itu dinaiki air ekoran aliran sungai yang tidak sempurna.

"Orang ramai mengadu kepada saya, dulu air air surut dengan cepat apbila banjir kini air lambat surut. Ini kerana muara sungai yang sempit," katanya.

Ekoran itu, kerajaan didesak mengkaji semula dua projek yang didakwa tidak mematuhi prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) hingga mengakibatkan berlakunya banjir di dua lokasi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Ia juga katanya, berlaku pada projek pembinaan tapak baru Pasar Cabang Tiga yang turut dinaiki air dan mengotorkan kawasan jualan makanan dengan air longkang.

"Kedua-dua pembangunan itu dibuat tanpa restu Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) yang sepatutnya mengawal polisi ini. Bagaimanapun, kebanyakan pandangan JPS dan EIA diketepikan begitu sahaja," tegas beliau.

Kedua-dua projek tersebut, kata beliau sepatutnya memberikan kemudahan yang lebih baik jika ia dirancang dengan baik dan teratur tetapi kini mendapat kritikan pelbagai pihak, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh lapor The Malaysian Insider

Ni video dari Astro Awani pasal banjir di Terengganu..


.. Wajarkah kita menggunakan bencana alam yang melanda setiap tahun ini untuk mendapat kredit?

Bagi aku.. ini bukanlah masanya untuk kita mempersalahkan mana-mana pihak, mengatakan pihak itu degil tak mahu dengar nasihat sebab itulah banjir ini menjadi buruk..

Jika projek tebatan banjir itu dipersalahkan dan dikatakan sebagai punca banjir besar melanda Terengganu hingga menyebabkan hampir 9,000 menjadi mangsa.. bagaimana pula dengan banjir yang melanda Kelantan dan lain-lain negeri di Semenanjung?

Adakah hampir 25,000 yang menjadi mangsa banjir di Kelantan juga disebabkan oleh projek tambakan muara Sungai Terengganu?

Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Jadi bagaimana boleh dikatakan tambakan muara Sungai Terengganu itu menjadi punca banjir besar di Terengganu tahun ini?

Secara lojiknya air pasang besar itu adalah antara faktor utama yang menghalang pengaliran air sungai dari hulu-hulu sungai di Terengganu ke laut lepas..

Sepatutnya dalam keadaan sebegini rupa mangsa-mangsa banjir itu perlu diutamakan, bantulah mereka tanpa mengira ideologi politik mereka kerana mereka sedang menderita.. bukannya meletakkan kepentingan politik didepan..

Tunggulah biar banjir reda dulu.. lepas tu belasahlah Barisan Nasional Terengganu tu..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails