Wednesday, December 17, 2014

Bangsat?.. "Saya seorang Wakil Rakyat. Dia siapa? " soal Khairy


Khairy Jamaluddin berkata banyak kumpulan telah melakukan serangan terhadap dirinya pada masa lalu, justeru adalah tidak penting tentang apa yang ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali fikirkan tentang dirinya.

"Saya mungkin telah melakukan sesuatu yang betul apabila dikritik oleh Perkasa dan kumpulan-kumpulan tertentu yang lain," katanya.

"Saya dituduh bersifat perkauman seperti, ada yang kata saya terlalu melindungi orang Melayu ketika dalam ucapan saya (baru-baru ini) di Perhimpunan Agung Umno.

"Sekarang, Perkasa memanggil saya bangsat kerana saya dikatakan tidak melindungi orang Melayu.

"Jadi, apabila ada dua pihak mengkritik saya, saya mungkin melakukan sesuatu yang betul," kata Ketua Pemuda Umno, tidak mahu memperbesarkan serangan Ibrahim terhadap dirinya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan tahunan kelima Perkasa, Ahad.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, ditanya oleh pemberita pada Isnin tentang perasaan beliau apabila dipanggil bangsat oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

"Saya tidak rasa apa-apa. Saya tidak akan berbuat apa-apa. Apa yang dia kata tidak penting kepada saya.

"Saya seorang wakil rakyat (wakil rakyat). Dia siapa? " tanya Khairy lapor mStar



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails