Thursday, December 11, 2014

Baguslah berambus?.. Ini jawapan Ali kepada Khairy..


Kalaulah ditakdirkan Khairy Jamaluddin ni berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri pada usia 40 tahun, lebih kurang sajalah cara dia dengan Najib nampaknya..

Umum tahu, Najib datangnya dari keluarga bangsawan, tak tahu apa erti susah hidup sebagai rakyat marhaen, naik dalam politikpun kerana bapanya bernama Tun Razak bukan kerana kekuatannya sendiri..

Khairy juga hampir sama dengan perjalanan hidup Najib itu, datang dari keluarga berada.. meningkat naik dalam politik juga kerana nama bapa .. tapi dalam hal Khairy ni bapa mertuanya bernama Abdullah Badawi..



Jadi dia pun mungkin tak pernah merasa susah-payah dan peritnya menjalani kehidupan sebagai rakyat marhaen ini..

Akupun hanya tahu mengenai hidup Khairy tu setelah membaca di Facebook Ali Abdul Jalil..

Ali menulis sebagai jawapan kepada Khairy yang menghalaunya setelah beliau terus terus mengkritik keras kerajaan dan sistem monarki selepas passportnya dibatalkan.

Kata Khairy..“Baguslah berambus. Jangan pulang lagi.”

Menjawab apa yang dinyatakan Khairy itu, Ali melalui akaun Facebooknya mempersoalkan siapa lebih anak Malaysia antara dirinya dan Alvin Tan dengan Khairy.

“Kepada wartawan atau rakyat Malaysia, cuba tanya komen Khairy Jamaludin antara kami dan dia, siapa lebih Anak Malaysia? Apa komen Khairy Jamaludin?

“Khairy Jamaludin dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun. Dia balik Malaysia pegang jawatan besar, kaya raya dan sekarang dia berada di Malaysia baru berbelas tahun sahaja. Khairy Jamaludin tidak sampai dua tahun jadi menteri. Dia siapa nak suruh saya jangan balik Malaysia?

“Padahal saya dan Alvin Tan lahir di Malaysia, kami membesar di Malaysia. Kami pernah dipenjarakan, diugut, dimaki fitnah dan macam macam lagi. Kami dilayan lebih teruk daripada pendatang haram. Kami baru beberapa bulan keluar negara, tapi pasport kami dibatalkan sedangkan kami tak pernah ada rekod jenayah,” katanya.

Hmm.. siapa lebih Anak Malaysia?




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails