Monday, December 15, 2014

Anwar sudah lepasi zaman kemuncak dan tidak penting kata penganalisis


Kenyataan dari Proffesor ini dijangka akan mendapat serangan balas dari beberapa individu yang naiknya dalam persada politik negara dengan bergantung di bawah ketiak Anwar.

Walaupun kenyataannya ada kebenaran namun untuk membuktikan kesetiaan yang tak berbelah bagi atau 'bodek' dalam lain ayat, adalah individu akan menyerangnya nanti..

Biarpun pahit.. ada kebenarannya dan aku setuju sangat dengan ayat ini.. ”Sekarang ini, orang tua di dalam PR tidak lagi penting. Zaman mereka sudah hampir pupus.”..

Sebabnya jika dalam Barisan Nasional kita diperlihatkan kebanyakkan pemimpinnya kalau boleh nak memegang kuasa hingga akhir hayat, Pakatan Rakyat seharusnya melakukan sebaliknya.

Gantikan pemimpin-pemimpin yang dah lama dalam politik tu dengan pemimpin-pemimpin pelapis demi rakyat..

Anwar tidak penting – penganalisis



KUALA LUMPUR: Perjalanan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sudah berakhir kerana beliau sudah melepas zaman kemuncaknya dan kedudukannya juga tidak penting dalam Pakatan Rakyat.

”Anwar tidak penting,” kata Profesor Dr Jayum Jawan, Timbalan Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), sambil menambah: ”Sekarang ini, orang tua di dalam PR tidak lagi penting. Zaman mereka sudah hampir pupus.”

Bagaimanapun profesor dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mengakui Anwar adalah individu yang mengikat ketiga-tiga parti komponen dalam PR.

Ketika diajukan soalan mengenai pengganti Anwar, Jayum menyatakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali merupakan orang yang sesuai menerajui PKR.

“’The next’ Anwar dalam pembikinan adalah Azmin dan itu tidak dinafikan. Bahkan, dia juga kini sudah memegang jawatan sebagai Menteri Besar,” jelas beliau dan menambah, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak memiliki ‘aura’ suaminya.

“Azizah tidak mungkin akan menjadi pemimpin pada masa akan datang,” katanya yang merujuk kepada calon pengganti Anwar sekiranya Anwar dipenjarakan lapor Free Malaysia Today



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails