Sunday, December 14, 2014

Akulah Hero Melayu, pemimpin UMNO itu bangsat! Ibrahim Ali kata..


Kononnya mereka mewakili orang-orang Melayu tapi apa yang diucapkan mereka langsung tak mencerminkan sikap bersopan santun orang Melayu..

Dalam perhimpunan Agung UMNO perkataan 'Bangang' menjadi popular.. ianya polupar setelah Presiden UMNO melabel Blogger-blogger Pro UMNO dengan perkataan itu..

Dalam perhimpunan Perkasa pula perkataan 'Bangsat' dipopularkan mereka, semalam disebut oleh Ketua Wira Perkasa.. hari ini pula disebut oleh Ibrahim Ali pula..

Semalam..



“Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu sewaktu jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia, apabila kita mempertahankan beberapa perkara kita, kita pula dicemuh,” katanya.

“Nur Jazlan pula, dia bangsat. Dia binatang, semasa berada di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu,” kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai Jazlan sebelum ini.

Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi pula berkata, pemimpin UMNO itu seringkali tidak mengendahkan dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama yang tiba di lokasi itu.

“Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?” soal Fahmi ~ Free Malaysia Today

Presiden Perkasa juga mem'bangsat'kan pemimpin UMNO yang sama lapor The Malaysian Insider dan setelah mem'bangsat'kan mereka Ibrahim Ali menobatkan dirinya sebagai Hero Melayu..

Datuk Ibrahim Ali hari ini mengisytiharkan dirinya hero orang Melayu dan menyifatkan pengkritik beliau dari kalangan Umno sebagai "bangsat" kerana kegagalan mereka mempertahankan hak Melayu dan Islam.

Beliau menamakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan timbalannya Khairul Azwan Harun, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Datuk Nur Jazlan Mohamed, pemimpin Sabah Datuk Seri Salleh Said Kruak dan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai mereka yang mengkritik dan mengutuk Perkasa dan Isma.

"Saya isytiharkan diri saya sebagai hero kepada Islam dan Melayu di Malaysia," kata Ibrahim sambil menambah puak "liberal" yang beliau namakan tidak berani menangani isu sebenar, sebaliknya menyerang kedua-dua pertubuhan hak Melayu itu.

Sambil menyifatkan pemimpin Umno itu tidak penting, beliau merasakan perlu menyebut nama mereka dalam ucapannya.

Katanya, pemimpin Umno juga takut mengambil gambar dengan pemimpin Perkasa.

"Mereka begitu bimbang dengan imej mereka. Saya hanya seorang lelaki kecil," kata Ibrahim.

Beliau berkata, para pemimpin Umno telah pun memberitahu ahli-ahli parti agar meninggalkan Perkasa tetapi tiada siapa yang peduli.

"Malah jumlah pendaftaran ahli baru telah meningkat. Kami kini memproses kira-kira 250 permohonan setiap hari," kata Ibrahim.

Seramai 25 tokoh Melayu terkemuka menulis surat terbuka meminta satu dialog yang rasional diadakan tentang kedudukan Islam dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan.

Hubungan kaum dan agama kembali tegang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas apabila Barisan Nasional (BN) menyalahkan kelemahan pencapaian mereka dalam pilihan raya itu kepada minoriti Cina, didorong kumpulan Melayu Islam yang mendesak undang-undang Islam lebih tegas dilaksanakan di seluruh negara.

"Memandangkan kesan retorik pedas itu dalam hubungan antara kaum dan kestabilan politik di negara ini, kami berasa wajib untuk kita mengambil kedudukan bersama orang ramai," kata Datuk Noor Farida Ariffin, bekas duta besar Malaysia ke Belanda, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak 25 penandatangan itu.

Kenyataan 19 perenggan itu ditandatangani individu terkenal termasuk bekas setiausaha agung, ketua setiausaha, duta dan individu Melayu terkemuka.

Noor Farida, yang pernah menjadi ketua pengarah Penyelidikan, Perjanjian dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar berkata beliau dan yang lain "amat bimbang mengenai keadaan perbahasan dalam banyak isu konflik ke atas kedudukan dan penggunaan undang-undang Islam di Malaysia".

"Sudah tiba masanya orang Melayu dan umat Islam yang sederhana bersuara. Pelampau, suara tidak wajar dan tidak bertoleransi seperti yang diwakili Perkasa dan Isma tidak bercakap mewakili nama kami ~ The Malaysian Insider




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails