Wednesday, December 31, 2014

Aktivis Banjir luahkan kekecewaan terhadap 'Orang Kuat' parti politik yang datang tunjuk kuasa..


Jika semalam aku telah siarkan catatan seorang Pegawai Perubatan, ini pula adalah catatan dari seorang Motivator yang sedang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir bersama sekumpulan sukarelawan.

Dari catatannya beliau jelas terkilan dengan perangai beberapa orang yang terlibat dengan parti poitik dan mendakwa mereka orang kuat parti..

Pesanan aku buat manusia yang gila nak tunjuk kuasa tu.. kalau nak tunjuk kuasa sekalipun biarlah bertempat, jangan kerana merasakan diri sendiri seorang kuat parti.. habis semua orang yang tak terlibat dengan parti nak diberikan arahan..



Berikut adalah catatan dari Facebook Raja Shamri.. yang telah menerima hanpir 30,000 Like dan dikongsi lebih dari 2,500 pengguna Facebook.. bacalah!!

hari ni ada orang kuat PAS kelantan datang nak ambik barang dalam kuantiti yg banyak lepas tu arah sukarelawan suruh angkat barang sesuka hati ... semalam team pakai baju 1 malaysia juga ada datang dgn cara yg sama ...

Lepas tu arahkan sukarelawan itu dan ini ... seolah2 seperti kami semua ni kena patuh pada arahan mereka ... Waittt !! at least pikirlah sikit ... tanyalah sikit ... siapa yg incharge ... merendah diri ... bukan satu tempat je teruk bnyk tempat yg teruk ...

at first kami tak bagi mereka ambil barang2 tu ... ini amanah orang ramai untuk saya uruskan ...saya x nak barang2 ni x sampai pada sasaran dan hanya golongan tertentu yg dapat ... lepas bagi explanation baru masing2 nampak faham ...

Saya tak kira siapa ... PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke ... kalau tak betul saya tegur ... supaya perbaiki dan jadi lebih baik ... macam tu baru parti boleh jadi hebat ... negara akan jadi maju ...baru boleh kekal berkuasa ... tengok jepun dan korea ... bila orang tegur terus mintak maaf ... bukan macam orang kita ... bila orang tegur dia kata kita fitnah ...

Letak tepi soal politik ... kita tolong ramai yg kebulur disana ... ada nyawa yg perlu di selamatkan ...

Contohnya, bila orang sebut, marah atau tegur keburukan seorang dari lapan anak kita ... itu tidak bermakna kesemua satu keluarga itu teruk. Itu tak bermakna mak bapak tu jahat dan gagal. Mak bapak yg hebat bila seorang anak dia di tegur, atau di marahi atau buat silap maka mak bapak ini akan cuba perbaiki anak dia tu ... dengan cara ini keluarga ini akan jadi hebat ... mak bapak ini akan jadi parents yg sangat hebat !

Macam zaman saya kecik dulu, bila orang tegur anak jahat atau nakal maka mak bapak akan pukul anak tu ... bukan backup ... bila backup anak tu maka anak tu akan membesar jadi jahat dan tak terkawal.

Saya bukan penentang kerajaan ... saya bawak minyak diesel drive 4 jam dgn kaki palsu ke agensi kerajaan untuk hidupkan generator ... saya juga bukan ahli parti pembangkang sbb tu saya buat misi ni kat masjid walaupun pejabat parti pembangkang hanya beberapa depa je dari masjid ni ...

Kami rakyat malaysia yg sayangkan negara ini dan sangat sedih dengan tragedi banjir ini ...

Accept critics ... appologize ... then change ... we will be better and stronger !

Fikir-fikirkan....



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails