Tuesday, December 16, 2014

Akhirnya tembelang lawatan 49 Ahli Parlimen BN ke Taiwan terdedah..


Tentu ramai diantara kita masih mengingati bagaimana media-media yang dikawal kerajaan cuba menyembunyikan tujuan sebenar 49 Ahli Parlimen BN melawat Taiwan pada tahun 2008 lalu.

Mereka melaporkan kononnya Seramai 49 anggota Parlimen Barisan Naisonal (BN) berlepas ke Taiwan hari ini bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, selain beliau sendiri, anggota rombongan terdiri daripada Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.



“Kami dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini,” katanya ketika dihubungi Bernama sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.

Ditanya mengapa Taiwan menjadi destinasi pilihan, Bung Mokhtar berkata, mereka berminat untuk menerokai teknologi baru bidang pertanian yang diamalkan di negara itu.

“Selain itu, ia dipilih kerana berdekatan dengan Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh anggota Parlimen yang terlibat.

Bung Mokhtar berkata, mereka berhasrat untuk mengadaptasikan segala pengetahuan yang diperoleh di Taiwan untuk membangunkan industri pertanian di kawasan Parlimen masing-masing.

Katanya, pihak berkuasa negara itu juga telah menyatakan persetujuan untuk membantu urusan lawatan ke tapak-tapak industri pertanian moden di sana lapor Utusan

Tapi itu semua auta semata-mata.. alasan cuba memperbodohkan rakyat oleh Bung Mokhtar itu menjadi bahan tawa majoriti rakyat Malaysia tapi dipercayai sepenuhnya oleh macai.

Auta itu didedahkan semalam oleh Timbalan Speaker Parlimen di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur..


MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat.

Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.

Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.

"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah.

"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi.

"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN.

Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ~ Malaysiakini

Kah.. kah.. kah.. kesian kat macai.. kalau tak kerana perbicaraan ini, sampai matilah kena kencing dengan Najib..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails