Wednesday, December 17, 2014

ADUN PKR Sabah letak jawatan.. satu lagi PRK?


Sebelum itu.. Tahniah diucapkan kepada Dr. Roland kerana sanggup melepaskan jawatan yang diamanahkan kepadanya oleh pengundi kerana masaalah kesihatan.

Beliau menunjukkan satu sikap bertanggungjawab kepada kita semua dengan meletakkan jawatan setelah merasakan masaalah kesihatannya menganggu tugasnya kepada rakyat..

Kenyataan ini dipetik dari laman mikro Twitter Dr. Roland ADUN N13 Inanam, Sabah dari Parti Keadilan Rakyat.

Dalam kenyataan ringkasnya beliau mengumumkan akan meletakkan jawatannya sebagai ADUN Inanam atas masaalah kesihatan.

Selain itu dalam masa yang sama beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti dan juga pengundi yang telah menyokongnya selama 17 bulan yang lalu..


Kenyataan yang sama juga disiarkan dalam laman Facebook beliau..


Buat masa ini pihak PKR belum menerima kenyataan rasmi dari Dr. Roland..

Jika perletakan jawatannya ini diterima oleh pihak pimpinan maka akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil.. kali ini di Sabah..

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Jospeh Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails