Thursday, December 4, 2014

4,000 Televisyen dan Peti Sejuk yang dijanji kepada mangsa banjir mana? Tanya Tengku Mahkota Pahang


Menarik ni.. 4,000 mangsa banjir di Pahang tahun lepas mendakwa masih belum menerima sumbangan televisyen dan peti sejuk yang dijanjikan hingga ke hari ini..

Kemana menghilang agaknya ya.. musim banjir pun dah bertemu musim banjir tapi yang dijanjikan hingga ke hari ini rupa pun tak nampak..

Mungkinlah... aku kata mungkin dan akupun tak mahu buruk sangka terhadap pihak yang menjanjikan tu..  Mungkin semua 4,000 televisyen dan peti sejuk tu dah turut sama dihanyutkan banjir tahun lepas kot?

Kah... kah... kah... puak mana punya kerja tu.. dah agihkan kepada adik beradik ke?


Mangsa Banjir Dakwa Belum Terima Bantuan Dijanjikan

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membidas tindakan pihak yang tidak menunaikan janji kepada mangsa banjir di Pahang walaupun kejadian banjir besar itu telah setahun berlalu, 4,000 mangsa mendakwa masih belum menerima sumbangan televisyen dan peti sejuk yang dijanjikan.

Ditemui media selepas mendengar taklimat mengenai persediaan banjir negeri Pahang di Kuantan siang tadi Tengku Abdullah berkata dakwaan mangsa banjir itu dipandang serius.

Penjelasan segera diminta daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut hadir di majlis taklimat ini.

Dalam kejadian banjir besar awal Disember 2013 lebih 70,000 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu dan Pahang.

Namun, selepas hampir setahun sebahagian mangsa di Kuantan belum menerima sumbangan dijanjikan..

Video sila lihat disini  TV3

Ni printscreen berita tahun lepas...







Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails