Sunday, December 14, 2014

1MDB: Yang ni kot 'Kaki Bodek' macam Khairuddin kata tu?


Secara terus terang, seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berkata parti itu mempunyai ramai kaki bodek' yang tidak berani mempersoalkan pemimpin mereka.

Asasnya apa yang perlu kita faham dari kenyataan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan itu ialah dalam UMNO sememangnya ramai kaki bodek.

Kerana sifat 'kurang cerdik' yang ada dalam diri mereka telah menyebabkan 'bodek' perlu diutamakan..

Kerana 'bodek' perlu untuk mendapatkan jawatan dah dapat jawatan pula 'bodek' perlu untuk mengekalkan jawatan, nak ke jawatan yang lebih tinggi juga 'bodek' memainkan peranan yang penting dalam UMNO.

Nak dapat projek juga kena pandai 'bodek'.. nak dapat projek yang lebih besar pula kena 'bodek' lagi kalau tak 'bodek' nanti tak dapat projek..

Bila dah dapat jawatan dan projek.. 'bodek' perlu diteruskan demi kesinanmbunga projek dan jawatan..

Contohnya dalam laporan dibawah.. kerana takut kehilangan projek yang ada sekarang dan projek yang bakal diperolehi pada masa akan datang..

Cepat-cepat dia keluar kenyataan kata UMNO negeri tak sokong tindakan Khairuddin.. kah.. kah.. kah.. inilah UMNO!!


Umno negeri tak sokong tindakan Khairuddin



Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menegaskan bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menegaskan bahawa Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu.

"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta kami sendiri (Umno Pulau Pinang) tidak mengetahui laporan polis yang dibuat beliau sehingga diberitahu semalam.

"Kami tidak menyokong tindakannya itu dan menganggap ia dilakukan atas kepentingan sendiri serta tiada kaitan dengan Umno negeri, sehingga hari ini beliau juga tidak menghubungi kami untuk memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat," katanya pada sidang media.

Musa, yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Khairuddin bagi memberi penjelasan berhubung tindakan yang dilakukannya itu.

"Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Umno negeri dan terpulang kepada pengerusi mengenai tindakan yang harus diambil selanjutnya," katanya.

Semalam, Khairuddin membuat laporan polis dengan meminta agar satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.

Dalam perkembangan lain, firma pelaburan strategik negara 1MDB dalam kenyataan hari ini mengalu-alukan sebarang siasatan dilakukan terhadap firma tersebut. - Bernama



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails