Monday, December 15, 2014

1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO atau berdepan saman' amaran Khairuddin kepada Tajuddin


Persoalannya kini ialah mengapa beberapa pemimpin UMNO kelihatan gelabah bila seorang Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan membuat laporan Polis minta transaksi 1MDB disiasat?

Adakah mereka sedang berusaha untuk menutup kepincangan yang dikatakan berlaku dalam pelaburan 1MDB atau hanya untuk membuktikan kesetiaan tak berbelah bagi mereka kepada Najib?

Mengulas tuduhan Khairuddin yang menyifatkan pemimpin UMNO sebagai bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi 1MDB. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata

"Dia kata pemimpin UMNO bacul, masalahnya adakah dia tahu apa tindakan kita mengenai isu ini? Dia tidak tahu apa-apa.

"Mana boleh disamakan cara dia dengan cara kita. Kita ada bangkit isu ini di Parlimen. Khairuddin ini siapa?

"Kita ada medan MT, kita jumpa kepimpinan tertinggi UMNO dan bincang isu ini, kita juga bincang isu ini dengan Menteri Kewangan,"

Tambah Tajuddin, pemimpin UMNO juga disifatkan sudah berjumpa dengan pengurusan 1MDB selain mengaku sudah ada jawapan di sebalik kemelut yang didakwa ramai pihak itu.

"Soalnya sekarang kepada Khairuddin, apa yang dia tidak puas hati berkenaan risiko duit rakyat dan setiap apa laporan polis yang dibuatnya. Tetapi kalau dia hendak buat laporan polis, itu hak dia," jelasnya.

Dalam pada itu, Tajuddin turut menyifatkan Khairuddin merupakan 'proksi' kepada seorang veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu 1MDB lapor AstroAwani

Errr.. betul ke ada Ahli Parlimen dari BN dah bangkitkan isu 1MDB ni di Parlimen?.. tak pernah dengarpun.. bagaimanapun berikut adalah jawapan Khairuddin buat Tajuddin..

KUALA LUMPUR: "Tarik balik tuduhan saya 'proksi' veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."



Itu amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan menyifatkannya sebagai fitnah yang tidak berasas.

"Memang jika hendak dibandingkan saya dengan dia, ibarat bumi dan langit, sangat jauh.

"Tetapi (saya) hendak beri amaran kepadanya supaya menarik balik kenyataan (bahawa) saya adalah seorang 'proksi', saya tidak teragak-agak untuk menyamannya jika ia berulang," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Tajuddin yang memintanya tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB.

Kata Khairuddin, veteran parti berkenaan disifatkan tidak memerlukan seorang 'proksi' sepertinya jika mempunyai misi untuk 'menjatuhkan' 1MDB seperti yang didakwa Tajuddin.

"Perjuangan ini berteraskan prinsip. Saya berjuang seorang diri dan tidak perlukan tangan ghaib, lagipun saya hanya seorang kerdil sahaja," jelasnya.

Ujarnya, kenyataan Tajuddin yang menyatakan sudah berjumpa peringkat tertinggi syarikat dan parti mengenai isu 1MDB turut diragui.

"Jika sudah jumpa, mengapa tidak diperjelaskan kepada rakyat, mengapa tidak buat penerangan secara terbuka mengenai isu ini?" katanya.

Jelasnya lagi, setiap pandangan Tajuddin sebelum ini sentiasa dihormati walaupun pernah berada di pihak pembangkang.

Katanya lagi, laporan polis yang dibuatnya hanya meminta pihak berkenaan menyiasat dana 1MDB dan bukannya Presiden UMNO atau sesiapa di peringkat tertinggi parti.

"Inilah masalah pemimpin UMNO, bila sudah cakap hendak melenting. Kenapa tiba-tiba baru sekarang hendak melenting?" katanya lapor AstroAwani




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails