Wednesday, December 10, 2014

1MDB: Selepas Rafizi dan Tony Pua, adakah Najib akan saman Asia Sentinel pula?


Pada 24 November, Najib menghantar notis kepada Pua mendakwa sengaja memfitnah beliau berikutan isu 1MDB pada 3 November, hingga memberi tekanan besar dan memalukan beliau.

Najib menuntut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman.

Awal bulan ini, Najib menghantar satu lagi notis kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkenaan artikel "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" yang disiarkan pada 22 November.

Mengulas notis saman ini Kadir berkata, sebagai pemimpin dilantik rakyat, mereka bertanggungjawab mengubal dan memelihara undang-undang apabila mahkamah hanya mentafsirkan perundangan yang dibuat.

"Dengan membawa perkara ini ke mahkamah, mereka seperti mengakui tidak boleh lagi mempertahankan diri dari segi politik.

"Mereka mengakui mereka kalah dalam perdebatan dan tidak boleh lagi bergantung kepada kemahiran dan kebijaksanaan mereka bagi menangkis serangan," katanya.

Lebih dari itu, pengarang veteran itu menyifatkan tindakan memfailkan saman merupakan cara paling berkesan "mendiamkan" pihak lawan apabila cara lain tidak lagi menampakkan hasil.

Pada masa sama, Kadir berkata, tindakan Najib menyaman pemimpin muda seperti Rafizi dan Pua hanya membuatkan kedua wakil rakyat itu "bermegah diri".

Tambahnya, Najib sepatutnya lebih memilih dalam menentukan siapa yang beliau harus tentang, mengambil kira faktor status dan usia. "Najib patutnya 'lawan' dengan mereka yang sama usia dan status dengannya.

Rafizi baru 34 tahun, dan Pua 42, Najib sudah 61," katanya. Tambahnya, sewajarnya Rafizi dan Chua ditangani pemimpin muda Umno yang turut mewakili kerajaan yang lebih menyerlah seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda Umno.

Di atas adalah sebahagian dari laporan oleh The Malaysian Insider Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Datuk A Kadir Jasin yang membidas Datuk Seri Najib Razak kerana menyaman pengkritiknya, sedangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menjawab balik kritikan dengan penjelasan semalam.

Laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Semalam juga beberapa buah blog Pro UMNO yang dipercayai dari kumpulan Pro Mahathir telah menyiarkan satu laporan mengenai 1MDB yang telah dipetik dari Asia Sentinel.

Berbagai persoalan dan berbagai kepincangan telah didedahkan dalam laporan tersebut antara yang dipersoalkan ialah mengapa perlu Najib menubuhkan 1MDB untuk menggerakkan pelaburan strategik negara sedangkan dalam masa yang sama sudah wujud Khaznah Nasional dan KWSP?

Berikut adalah laporannya...

Malaysia’s Investment Fund Disaster



In 2008, a boisterous young man by the name of Jho Low Taek, a Penang-born Wharton grad with a taste for Cristal champagne and Broadway blondes, approached Malaysia’s Terengganu state government with a proposal to use the state’s authority to sell RM10 billion (US$2.87 billion) in bonds to start a state-backed investment fund.

That proposal has led to what Tony Pua, a Democratic Action Party lawmaker, has called “the mother of the mother of the mother of all scandals in the history of Malaysia.”

That might be one mother too many, but Pua is not alone, with critics of what is now called 1Malaysia Development Berhad, or 1MDB, coming from outside the opposition as well. It is certain that the proposed Terengganu Investment Authority has metastasized into a mess that can properly be called huge and has put Prime Minister Najib Tun Razak’s tattered reputation on the line yet again. Much of the story has been detailed in two Malaysian publications, The Edge and the online news portal Malaysiakini's business unit, Kinibiz.

Najib, the head of the 1MDB advisory board, has faced a barrage of questions from opposition lawmakers in Parliament for weeks and an attack on his own flank from former Prime Minister Mahathir Mohamad and his allies, including former Finance Minister Daim Zainuddin, over what can only be regarded as an astonishing level of mismanagement.

The question was why Malaysia needed another government-backed investment fund in the first place, especially one dreamed up by a young friend of the PM's family. It has Khazanah Nasional Bhd., the 23-year-old investment holding arm that manages Malaysia’s assets and makes strategic investments, and the Employee Provident Fund, which also invests employee pension funds. Both are creatures of the Ministry of Finance.

Please continue yours reading HERE





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails