Sunday, December 14, 2014

1MDB: Diminta tarik balik laporan, Ini jawapan Khairuddin kepada Ku Nan


Apa yang meletakkan taraf pemikiran Setiausaha Agung Umno sama dengan cara macai-macai UMNO berfikir ialah beliau mempersalahkan pihak Pakatan Rakyat sepenuhnya dalam isu 1MDB ini.

"Ini masalah ahli Umno yang tidak memahami perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar apa-apa sahaja cerita daripada laman web, Internet atau media sosial," beliau dipetik sebagai berkata.

"Janganlah kita terpengaruh dengan persepsi tidak diingini yang datang daripada pembangkang. Beliau membuat laporan polis, saya tak faham."

"Mengapa kita perlu masuk dalam perangkap pembohongan pembangkang?" soal beliau.

Dalam masa yang sama Setiausaha Agung UMNO itu menggesa Timbalan Ketua Bahagian Batu Kawan, menarik balik laporan polis terhadap syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sama macam cara macai berfikirlah tu.. semua nak disalahkan Pakatan Rakyat..

Padahal 1MDB ini bukan saja dipersoalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat malah Tun Mahathir dan ramai lagi yang sehaluan dengannya termasuk A Kadir Jassin dan ramai lagi Blogger Pro UMNO turut menentang 1MDB ini..

Selain dipersoalkan cara pelaburannya dijalankan soalan utamanya ialah mengapa perlu diwujudkan 1MDB untuk mengurus dana kekayaan negara sedangkan dalam masa yang sama Khazanah Nasional telahpun diwujudkan dan berusia lebih 23 tahun melakukan tugas-tugas itu?

Kenapa??

Aku yakin sikit hari lagi Khairuddin ini akan mula dikaitkan dengan Anwar Ibrahim pula.. kononnya ini agenda Anwar Ibrahim yang dibawa oleh Khairudin sebab Kahirudin ni sepupu Anwar Ibrahim..

Berikut adalah jawapan Khairuddin kepada Ku Nan..


Khairuddin tidak akan berganjak



SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.

"Saya dihubungi pimpinan Umno negeri (Pulau Pinang) yang mahu saya menarik semula laporan itu kerana dikatakan tindakan saya seolah-olah menikam Umno dari belakang.

"Saya juga sudah dipanggil oleh (Setiausaha Agung Umno Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) ke rumahnya tengah hari tadi (semalam).

Dalam perbincangan hampir sejam itu, kami berbual panjang mengenai isu 1MDB ini. Beliau ada nasihatkan saya menarik semula laporan itu, tapi, saya tegaskan perkara ini tidak akan berlaku walaupun mereka ini sahabat- sahabat saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat bukan ditujukan kepada Umno sebaliknya mahu polis menyiasat syarikat itu.

"Saya nyatakan kepada beliau, perkara ini (ketirisan) sudah lama berlaku. Saya hanyalah generasi ketiga yang memperjuangkannya.

Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil membuat penerangan sejelas-jelasnya.

"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.

Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?

Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.

Jelasnya, tiada sebab beliau menarik semula laporan itu memandangkan tiada laporan yang dibuat tentang Umno.

"Saya tidak sentuh syarikat Umno, Presiden Umno atau menteri kewangan tetapi mahu polis siasat secara telus dan menyeluruh aktiviti pentadbiran dan urus niaga dana dan kewangan 1MDB.

Laporan itu tidak ada kena mengena dengan Umno. Ini bukan soal saya tikam belakang Umno, tetapi ini saya mahu menegakkan kebenaran.

Apa juga keputusan yang akan diperolehi, kita perlu menerimanya dengan hati terbuka.

"Pengurusan 1MDB pun sudah menyatakan tidak gentar dan yakin mereka tidak bersalah, jadi apa perlu saya menarik semula?

Apa yang jadi keutamaan saya adalah kerisauan rakyat terhadap 1MDB. Apabila saya pulang ke kampung, mereka di kedai kopi pun bercakap mengenai 1MDB. Rakyat risau mengenai hutang yang begitu banyak, transaksi pembelian berbilion ringgit ke luar negara, pelaburan, pembelian aset yang tinggi berbanding harga di pasaran dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika perkara ini (bankrap) berlaku, bukan hanya kerajaan menanggung beban tetapi rakyat juga akan terkesan.

"Perkara inilah saya terangkan kepada beliau (Tengku Adnan). Saya juga katakan, tindakan saya ini, antara lain, dapat mengembalikan imej Umno yang selama ini tidak baik di mata rakyat. Saya dapat banyak reaksi berhubung hal ini.

Rata-rata menyokong tindakan saya dan berharap Umno akan terus bersih daripada rasuah dan perkara-perkara negatif.

"Mereka ucapkan syabas kepada saya kerana keberanian yang ditunjukkan ini. Saya bukan nak nama. Perjuangan saya ikhlas demi melihat Umno kembali menjadi kepercayaan rakyat. Umno masih menjadi pilihan rakyat termasuk mahasiswa, tetapi kerana sikap segelintir pemimpin membuatkan rakyat menjadi marah," katanya.

Sedia letak jawatan, tiada penglibatan pemimpin besar Khairuddin berkata, beliau akan letak jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan jika pimpinan tertinggi parti itu merasakan ia sebagai bebanan dan mencalarkan imej Umno.

"Dengan jawatan dan kedudukan ini akan memberikan imej tidak baik pada Umno, berkemungkinan saya akan meletak jawatan jika ia dilihat sebagai penghalang. Biar saya solat istikharah dahulu. Apakah petunjuknya, saya terima dengan lapang dada. Jawatan hanya di dunia. Saya mahu perjuangkan perkara yang benar.

"Saya mahu pimpinan parti bebas dari unsur rasuah, tidak jujur dan semua perkara tidak baik. Saya mahu Umno terus disayangi dan diterima dengan bersandarkan perjuangan parti dan pemimpin jujur," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ada pemimpin besar di belakangnya, Khairuddin berkata, beliau tidak dipengaruhi mana-mana pemimpin besar parti.

"Saya dengar keluh kesah rakyat. Saya mahu yang salah diperbetulkan. Itu sahaja," katanya.

"Bukan sembarangan nama dikaitkan, contohnya masa laporan dibuat, adalah serentak dengan mesyuarat Kabinet yang bincangkan mengenai 1MDB.

Ia kebetulan sahaja," katanya. Untuk capai status negara cemerlang, katanya, rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan merosakkan agama, bangsa dan tanah air lapor Sinar Harian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails