Tuesday, November 4, 2014

Warkah Akhir Dari Anwar Ibrahim Untuk Semua...


Ini adalah warkah dari Anwar Ibrahim yang aku terima jam 10.00 malam semalam..

Karrier politik Anwar Ibrahim mungkin tamat jika beliau disabitkan bersalah hari ini.. tapi perjuangan rakyat tak mungkin berakhir..

Pemimpin datang, pemimpin pergi tapi kami tetap disini bergerak berterusan untuk menggantikan Kerajaan yang sedia ada dengan Kerajaan yang lebih baik.. biarpun siapa pemimpinya..

Berikut adalah 'Warkah Akhir Untuk Saudara' dari Anwar Ibrahim..

Saudaraku, 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi. 
Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara. 
Esok (hari ini) juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita. 
Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini. 
Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian. Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan. 
Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua. Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa. 
Kamu penentu masa depan negara. Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua. 
Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini. 
Kita jumpa esok (hari ini) di Istana Kehakiman, Putrajaya. 
Reformasi! Allahuakbar! 
 
Sekian,

Anwar Ibrahim.
Bukit Segambut,
3 Nov 2014 . 2145hrs

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails