Tuesday, November 11, 2014

Tol EDL: Projek kayakan Kroni?


Pampasan RM11 juta kepada pemegang konsesi Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) merupakan bukti kerajaan menyalahguna kuasa untuk mengayakan kroni, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Beliau merujuk jawapan bertulis Menteri Kerja Raya Datuk Fadhillah Yusof bertarikh 4 November bahawa jumlah terkumpul kutipan tol pada Ogos 2014 berdasarkan trafik keluar masuk dari Singapura ke Johor mencecah RM11 juta.

Kata Nie Ching, MRCB sebelum ini telah pun menerima pampasan bulanan RM11 juta membolehkan syarikat dikaitkan kroni Umno itu mengumpul RM4.3 bilion sepanjang 34 tahun konsesi.

“Walaupun MRCB ditugaskan untuk menyediakan penyenggaraan bagi kemudahan di Kompleks CIQ, keuntungan diperolehi dari kutipan tol masih terlalu tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menamatkan perjanjian konsesi tersebut yang dilihat hanya mengambil kesempatan, dalam keadaan rakyat yang berdepan kos sara hidup yang meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mac 2012 mengumumkan untuk tidak menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

Namun, janji itu sekali lagi dimungkiri apabila kerajaan mengisytiharkan kenaikan kadar tol. lebih 400 peratus di Kompleks CIQ berkuatkuasa 1 Ogos lalu dengan alasan bagi menanggung kos pembinaan EDL.

Justeru itu, Nie Ching yang juga Setiausaha DAP Johor menggesa kerajaan mendedahkan dokumen perjanjian konsesi EDL, lebuh raya menghubungkan Johor dengan Singapura yang menelan belanja RM1.2 bilion.

Ini kerana pada 2009, dokumen tersebut pernah dipamerkan kepada umum oleh bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

“Maka tidak ada sebab untuk kerajaan hari ini tidak mampu melakukan perkara sama,” kata Nie Ching – Roketkini.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails