Saturday, November 8, 2014

Tak boleh nak bayar hutang, NFC salahkan Pakatan?


Peribahasa Inggeris ada menyebut "A bad shearer never had a good sickle" maknanya orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula..

Sama dengan maksud peribahasa Melayu yang berbunyi "tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah".

Contoh ayat yang menggunakan peribahasa Inggeris tu.. "She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad shearer never had a good sickle."

Contoh ayat dalam Bahasa Malaysia pula.. " Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah."

Haaa.. itu contoh ayat.. kat bawah ni pula contoh perbuatan..

Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) kecewa dengan “serangan” dari parti Pakatan Rakyat yang didakwa menyebabkan operasinya terganggu dan seterusnya menjejaskan keuntungan.

Satu kenyataan NFC hari ini mendakwa, “serangan” itu termasuk “penipuan, putar belit, gambaran salah” ke atas NFC, selain pendedahan maklumat sulit perbankannya.

"Melainkan jika dana dikembalikan, NFC kesal ia tidak dapat menjana pendapatan untuk membayar balik seterusnya ansuran pinjaman 2014," kata ketua perunding komunikasi NFC Ghazalie Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut NFC, tindakan Ketua Audit Negara membekukan sumber kewangan syarikat itu menyebabkan ia gagal untuk terus beroperasi.

"Keupayaan untuk membayar komitmen kami tidak akan goyah jika perniagaan itu tidak terganggu seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik kami pada 2012 dan 2013."

NFC mengulas laporan Malaysiakini pada 5 November Kerajaan Persekutuan akan membatalkan kontrak dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kerajaan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana ingkar dalam membuat pembayaran.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata NFC gagal mememenuhi kemajuan pembayaran semula kepada kerajaan, pinjaman sebanyak RM250 juta bagi organisasi itu bagi 2014, dan juga telah gagal untuk mematuhi permintaan untuk membuat pembayaran ~ Malaysiakini

Salah orang pulak.. juallah semua asset yang tidak diperlukan oleh Lembu-lembu itu seperti Kondo, Merc, Kondo di Kazakhstan dan Perniagaan di Singapura tu dan sila bayar balik RM250 Juta duit rakyat!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails