Saturday, November 8, 2014

Tahniah Najib!! 1MDB rugi RM665.36 Juta hutang RM41.9 billion..


1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan meningkat 64 peratus kepada RM4.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang diperoleh pada tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan peningkatan kualiti aset dan kekukuhan penjanaan pendapatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata kerugian pada tahun kewangan yang dikaji sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 billion, berbanding RM1.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, peningkatan kos pembiayaan itu adalah sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.

Nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 billion, berbanding RM44.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 billion kepada RM41.9 billion.

Mengikut syarikat itu, kumpulan aset berkualiti tinggi disokong tunai yang kukuh dan simpanan yang sepadan berjumlah RM16.7 billion, dengan perniagaan berada pada kedudukan yang baik untuk membiayai perbelanjaan modal yang besar bagi 12 hingga 24 bulan akan datang, dan menyediakan ruang yang luas untuk mencapai keperluan pembiayaan masa depan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Hazem Abd Rahman, berkata fokus utama untuk perbelanjaan modal dalam tahun kewangan berikutnya adalah termasuk projek yang diperoleh anak syarikat tenaga dan pembangunan berterusan TRX, sebuah hab kewangan pertama Kuala Lumpur.

"Kami mengekalkan fokus kepada pengembangan pangkalan aset syarikat dan kapasiti pelaburan. Ini dipacu oleh perbelanjaan modal yang besar dalam jangka pendek, menyebabkan kerugian yang sudah dijangka untuk tahunan kewangan ini disebabkan kenaikan pinjaman.

"Bagaimanapun kami yakin bahawa aset berkualiti tinggi dan projek yang diperolehi akan memacu perniagaan kami ke hadapan serta memastikan pertumbuhan dalam jangka masa panjang," katanya.

Dalam pada itu, Hazem berkata, sejak penghujung tahun kewangan pada Mac 2014, 1MDB sudah menebus sejumlah lebih RM4 billion daripada pelaburan dalam Syarikat Portfolio Berasingan yang berdaftar di Cayman Islands, dengan bakinya dijangkakan untuk diperolehi sepenuhnya pada November 2014.

"Dividen sebanyak RM435 juta daripada pelaburan ini juga sudah diperoleh selepas tahun kewangan berakhir Mac 2014 dan akan dimasukkan ke dalam akaun tahun kewangan seterusnya berakhir Mac 2015," katanya lapor BeritaHarian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails