Friday, November 7, 2014

Sokongan rakyat kepada BN makin merosot kata Daim


Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) diramal merosot pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti jika parti pemerintah itu masih meminggirkan suara rakyat.

Ramalan itu berdasarkan pengundi baharu yang bakal mengundi pada pilihan raya akan datang adalah pengundi muda yang mahukan pembaharuan.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, kerajaan selalu sangat menyatakan mereka membuat pembaharuan tetapi rakyat tidak nampak pembaruan yang dikehendaki dilakukan.

Secara berseloroh, beliau berkata, andaian itu bukan daripadanya tetapi oleh nujum pak belalang. 

"Kerajaan kata mereka sedang melakukan pembaharuan tetapi rakyat masih melihat berlaku ketirisan, rasuah dan pembaziran.

"Sebab itu, walaupun Perdana Menteri kata malu sebab dua kali BN kalah kepada pakatan pembangkang, namun rakyat kata mereka ok sahaja.

"Bagi rakyat kalau muka sama dan pembaharuan yang dikehendaki tidak dilakukan mengapa pula mereka mesti terus undi BN," katanya ketika diminta mengulas masa depan BN pada PRU akan datang semasa majlis An Exclusive Afternoon anjuran Kumpulan MIDF.

Menyentuh mengenai penggabungan CIMB Bank, TRHB Capital dan MBSB, Daim berkata, ia bagi mewujudkan institusi perbankan Islam terbesar.

Kata, Malaysia bukan sebuah negara yang besar untuk mempunyai banyak institusi perbankan oleh itu jumlah institusi perbankan paling ideal untuk Malaysia hanya empat .

"Itu pendapat sayalah, mungkin orang lain ada pendapat sendiri," katanya pada sesi soal jawab dalam majlis An Exclusive Afternoon anjuran Kumpulan MIDF.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai wajarkah penggabungan tiga institusi perbankan itu.

Katanya, sebelum krisis kewangan Asia, Malaysia mempunyai 36 buah bank dan jumlah itu terlalu banyak.

Ketika itu, semua pihak mempertahankan bank-bank tertentu atas alasan setiap bank adalah pemilikan kaum-kaum tertentu.

Tetapi banyak yang bank tidak baik kerana banyak masalahnya, lantaran itu pengurangan pemilikan dilakukan menerusi pengabungan dan kini jumlah yang ada tinggal lapan.

Meskipun menyokong penggabungan CIMB Bank, RHB Capital dan MBSB, Tun Daim berkata, yang paling penting ialah pengurusan bank itu sendiri.

"Kalau besar tetapi tidak boleh diuruskan secara baik itu pun tidak bagus.

"Bank yang baik apabila ia memiliki pengurusan dan asas modal yang baik, barulah boleh bersaing di persada antarabangsa," tambahnya ~ MalaysiaGazette

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails