Tuesday, November 11, 2014

Sekali lagi Tun Mahathir sound Najib pasal UMNO Selangor dan 1MDB..


Nampak macam tak lama dah Najib nak kekal sebagai Perdana Menteri ni.. ini adalah kali kedua Najib diserang oleh Tun Mahathir dan merupakan salah satu dari dua isu yang digunakan Mahathir untuk menyerang Najib.

Pada awal serangan, Tun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkannya itu dalam posting di Blognya, beliau hanya menyebut Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13.

Tetapi kerana dipercayai Najib gagal memahami apa dan siapa yang dimaksudkan oleh Tun itu.. sekali lagi Tun menghentam Najib, kali ini disebutnya nama dengan jelas..

Apa yang perlu kita tahu kekalahan UMNO/BN dalam pilihanraya lalu juga sebenarnya adalah tanda penolakan terhadap Najib sendiri. Ini kerana dalam pilihanraya umum lalu, Najib adalah Pengerusi UMNO Selangor dan beliau sendiri menghabiskan banyak masa mahu menawan kembali negeri itu.

Berbanding pilihanraya 2008 di mana BN Selangor menang sebanyak 20 kerusi, tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu kemenangan BN hanya tinggal 12 kerusi saja lagi.

Jika ditolak dua kerusi lagi iaitu Kota Damansara dan Semenyih yang dimenangi BN kerana pertindihan calon PR, hakikatnya jumlah sebenar kemenangan BN hanyalah 10 kerusi saja.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memberi pilihan kepada, penggantinya, Datuk Seri Najib Razak sama ada mahu bertanggungjawab ke atas kegagalan Umno merampas semula negeri Selangor.

“Itu terpulang pada Najib,” katanya ringkas ketika ditanya sekiranya bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor itu perlu memikul tanggungjawab tersebut.

Katanya lagi, pemimpin Umno Selangor yang lain juga perlu berundur kerana gagal membentuk kerajaan di tersebut, dua kali berturut-turut sejak pilihan raya umum 2008.

"Saya percaya bila kita dah lama dan tak berjaya, bagilah pada orang lain. Saya sendiri berhenti dan bagi tempat pada orang lain. Jadi, kalau kita tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah pada orang lain dan kita sokong orang lain.

“Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin. Kalau pemimpin nak sampai seumur hidup, payahlah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 hari ini lapor Malaysiakini

Itu adalah isu pertama manakala isu kedua yang digunakan oleh Tun ialah projek kebanggaan Najib dan Rosmah iaitu 1MDB..

"1MDB ini dikatakan sebagai kekayaan negara tapi bukan kekayaan negara. Duit ini kita pinjam. Bila kita pinjam duit ini, kita kena bayar balik. Bermakna itu bukan kekayaan.

"Kalau rugi, lagi banyak masalah dan kos. Kita nampak rugi itu kerana kos itu kekal tinggi.

"Saya fikir itu (1MDB) tak ada pun tak apa," katanya lagi, mengulas mengenai projek yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu lapor Malaysiakini

Berapa lama lagi Najib mampu bertahan agaknya?

Tapi... yang aku hairannya.. masih ramai macai-macai yang menyokong Najib membabi buta, sedangkan dalam beberapa hal telah terbukti Tun lebih bijak dari Najib terutamanya hal ekonomi..

Mungkin sebab terhutang budi pasal dapat BR1M kot?.. kalau itulah sebabnya.. murah betul harga diri mereka..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails