Tuesday, November 25, 2014

Saya tahu kena kutuk, tapi saya peduli apa? Hassan Malek kata..


Saya sedar ramai orang tak suka cara saya kerja. Semua yang saya buat tak pernah betul tapi saya peduli apa? Saya tetap menjalankan kerja saya sebagai menteri macam biasa."

Itu jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek kepada MalaysiaGazette berhubung kritikan yang diterima sepanjang menjadi menteri yang antara lain menjaga kenaikan harga barangan.

Apa sahaja yang dibuat semua tak kena malah ramai yang menghentam Ahli Parlimen Kuala Pilah itu sebagai seorang menteri yang tak ada idea.

“Orang boleh cakap apa sahaja yang mereka suka. Kalau pandai sangat dan ada idea yang bagus, kenapa tidak dikongsi bersama saya? Saya terima semua kutukan dengan hati terbuka kerana sebagai menteri, saya akan cuba buat yang terbaik. Orang mungkin tak suka tetapi saya berusaha untuk membuat yang terbaik untuk rakyat,” katanya ketika di temui di Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

Katanya lagi, bukan senang hendak puaskan hati semua orang.

“Orang hanya pandai komen itu dan ini. Semua yang saya buat semua tak betul dan saya baca hampir semua kutukan yang disiarkan dalam lama sosial. Saya nak kata apa? Itu hak mereka nak hentam saya sedangkan saya sendiri hairan kenapa orang yang pandai menghentam itu tidak mahu menyumbang idea dengan saya untuk ditaburkan demi kebaikan rakyat?” soalnya.

Jelas Hassan lagi, dia tidak pernah berasa hati terhadap komen buruk yang diterima malah menjadikan itu semua sebagai landasan untuk memberikan yang terbaik di bawah kemeteriannya.--MalaysiaGazette.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails